Pengurus Dana yang dihormati.

FortFS menawarkan perkhidmatan pelaburan S.T.A.R yang mempunyai sejumlah sifat unik. Untuk pengenalan lebih terperinci berkenaan perkhidmatan ini, pasukan kami telah membangunkan garis panduan terperinci yang anda akan temui di bawah.

  1. Pada halaman utama laman sesawang kami anda akan menjumpai pautan ke deskripsi perkhidmatan pelaburan kami.

    Learning fortfs star investor find links

  2. Dari laman utama kami anda akan dibawa ke halaman yang dikhaskan kepada kelebihan-kelebihan utama dan mekanisme S.T.A.R seperti juga kedudukan 10 TERATAS para pengurus dana. Kedudukan pengurus yang lebih terperinci akan boleh dilihat pelabur selepas pendaftaran di dalam laman sesawang ini di dalam seksyen 'Kedudukan Pengurus' (Managers' Rating)

    Learning fortfs star investor

  3. Klik pada - 'Become a S.T.A.R Manager' (Menjadi Pengurus S.T.A.R.). Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman pendaftaran pada laman sesawang syarikat. Jika anda telahpun menjadi pelanggan syarikat maka anda hanya perlu memasukkan log masuk dan kata laluan anda dan meneruskan dengan garis panduan bermula daripada m/s.8.

    Learning fortfs star investor

  4. Proses pendaftaran dengan laman sesawang syarikat hanya memerlukan 2 langkah. Masukkan data peribadi anda dan kemudiannya sahkan alamat e-mel anda.

    Learning fortfs star investor

    Learning fortfs star investor

  5. Selepas berdaftar dengan laman sesawang syarikat anda dibawa ke halaman 'pembukaan akaun' (account opening) (langkah 3) di mana anda perlu memilih "S.T.A.R. Investments".

    Learning fortfs star investor

  6. Pada halaman ini pilih pilihan - 'Create S.T.A.R Account' (Wujudkan Akaun S.T.A.R.).

  7. Selepas itu, anda akan dihalakan ke halaman "New S.T.A.R Account" (Akaun S.T.A.R baru) di mana anda perlu menetapkan perkhidmatan pelaburan peribadi anda dengan mengisi borang dalaman.

    FortFS menawarkan para pelanggannya pelarasan perkhidmatan fleksibel yang akan membantu anda mencapai hasil yang tertinggi. Ini disebabkan hakikat bahawa syarikat tidak menghadkan Pengurus dengan keperluan akaun yang ketat; anda boleh berdagang pada semua jenis akaun (kesemuanya bergantung pada pilihan anda) dan penggunaan di dalam tugas anda lebih daripada 500 kontrak dagangan.

    Pada halaman ini anda perlu:

    • namakan akaun S.T.A.R anda (anda perlu memikirkan nama yang unik. Pada masa hadapan, anda tidak boleh mengubah nama akaun tersebut. Dengan nama akaun tersebut para pelabur akan mampu mencari anda di dalam senarai kedudukan dan membuat pelaburan.
    • pilih jenis akaun (syarikat menawarkan kemungkinan untuk mencuba perkhidmatannya pada semua jenis akaun yang anda boleh pilih di sini).
    • pilih leveraj (1:33, 1:100, 1:200).
    • pilih status akaun anda (yang ditetapkan, akaun ini adalah tersedia untuk pelaburan oleh semua palanggan walaubagaimanapun, jika anda memilih status "Private" (Persendirian) maka anda boleh mempelawa para pelabur ke akaun anda oleh anda sendiri dan dengan cara seperti itu mengawasi volum pelaburan).
    • pilih jumlah minimum pelaburan yang anda sedia ambil untuk akaun anda (tetapi tidak kurang daripada 100 USD).
    • pilih tempoh pelaburan minimum (anda boleh memilih tempoh pelaburan dari 1 hingga 6 bulan).
    • tetapkan paras minimum HENTI RUGI yang tersedia untuk para pelabur anda (tidak kurang daripada 30%) dan juga Panggilan Margin sebagai % daripada HENTI RUGI pelaburan (dipilih oleh para pelabur) pada capaian yang mana pengurus akan menerima satu pemberitahuan melalui e-mel (yang akan membenarkan anda untuk menggunakan sebarang strategi pada akaun-akaun anda).
    • tetapkan ganjaran pengurus sebagai % keuntungan yang diniagakan daripada pelaburan yang akan secara automatik dikreditkan ke padala akaun selamat anda (bermula dengan 8) pada akhir setiap tempoh pelaburan.
    • tetapkan ganjaran rakan kongsi sebagai % pendapatan pengurus kerana mendapatkan pelabur baru ke akaun anda.
    • anda juga perlu menerangkan metodologi dagangan anda (dengan membaca metodologi dagangan anda adalah lebih mudah untuk pelabur memilih anda).

    Semasa bekerja dengan akaun S.T.A.R. pengurus mungkin mengubah leveraj, status akaun dan paras Panggilan Margin, tidak lebih daripada sekali sebulan.

    Jika anda ingin mengubah parameter akaun yang lain anda akan perlu membuka akaun pelaburan baru dengan sifat-sifat baru. Kami menarik perhatian anda kepada hakikat yang pengurus boleh membuka tidak lebih daripada 3 akaun S.T.A.R; untuk membuka akaun ke-4 atau lebih anda akan perlu memperolehi kebenaran syarikat.

    Selepas anda memelih tetapan akaun pelaburan selari dengan strategi anda, anda perlu klik pada butang “Create S.T.A.R. account” (wujudkan akaun S.T.A.R)

    Learning fortfs star investor

  8. Selepas akaun S.T.A.R. diwujudkan anda akan dihalakan ke halaman pengesahan (verification page) (jika anda telahpun menjadi 'trader' kami dan telah mengesahkan profil anda, anda akan perlu untuk mengaktifkan akaun anda, lihat m/s 11). Setiap pengurus perlu mengesahkan profilnya. Keperluan ini adalah wajib.

    Learning fortfs star investor

  9. Pada halaman pengesahan anda akan perlu untuk melalui proses pengenalpastian telefon mudah alih anda dan memuatnaik dokumen-dokumen utama dan sekunder (ikuti arahan di dalam halaman tersebut).

    Learning fortfs star investor

  10. Proses pengesahan boleh mengambil 2 hingga 8 jam. Semasa tempoh ini, akaun anda, yang anda boleh dapati di dalam seksyen S.T.A.R., akan mempunyai status "new" (baru).

    Learning fortfs star investor

  11. Bila pengesahan telah lengkap anda akan perlu mengaktifan akaun pengurus anda. Untuk ini anda akan perlu untuk, di dalam seksyen S.T.A.R. > My Accounts, klik pada akaun anda. Anda akan dihalakan ke halaman akaun anda. PAda akhir halaman ini anda perlu klik pada "Make a new investment" (Membuat pelaburan baru).

    Learning fortfs star investor

    Learning fortfs star investor

  12. Anda melepasi ke halaman “Make a new investment”. Untuk akaun S.T.A.R anda muncul di dalam kedudukan pengurus S.T.A.R. keseluruhan dan untuk menerima pelaburan, anda perlu membuat pelaburan pertama daripada akaun selamat anda. Pelaburan pertama adalah dana pengurus minimum (tidak kurang daripada 500 USD atau yang bersamaan). Jika baki akaun selamat anda adalah kurang daripada 500 USD atau yang bersamaan maka anda perlu mendeposit ke dalam akaun selamat anda menerusi satu sistem pembayaran. Untuk ini, anda perlu klik pada butang Deposit.

    Learning fortfs star investor

    Learning fortfs star investor

  13. Anda akan melepasi ke halaman sistem pembayaran. Daripada senarai sistem pembayaran pilih sistem yang paling sesuai untuk anda (anda boleh mendapati syarat-syarat dan arahan-arahan untuk bekerja dengan sistem pembayaran di sini).

    Learning fortfs star investor

  14. Tunjukkan jumlah yang anda ingin depositkan ke dalam akaun selamat USD di Fort Financial Services (tidak kurang daripada 500 USD). Ambil perhatian yang jumlah komisyen yang dikenakan untuk transaksi. Selepas itu, klik butang "Continue" (teruskan).

    Learning fortfs star investor

  15. Anda akan dihalakan ke halaman sesawang sistem pembayaran yang akan membenarkan anda mendeposit ke dalam akaun selamat USD anda daripada akaun anda di dalam sistem pembayaran. Selepas mengesahkan pembayaran, di dalam 'trader's room' anda akan melihat satu tetingkap timbul mengesahkan bahawa transaksi tersebut telah berjaya.

    Learning fortfs star investor

  16. Deposit ke dalam akaun S.T.A.R. anda (lihat m/s 11).

    Learning fortfs star investor

    Learning fortfs star investor

  17. Pelaburan pertama anda telah berjaya. Akaun anda sekarang ini aktif dan kelihatan kepada para pelabur di dalam kedudukan keseluruhan.

    Learning fortfs star investor

    Learning fortfs star investor

  18. Syarikat telah membangunkan pengurusan penyelesaian-risiko berinovasi untuk para pengurus. Sistem ini sebahagiannya menutup arahan-arahan pengurus ketika mencapai paras Henti Keluar pada satu atau lebih pelaburan. Sekiranya kerugian pelabur pada sebarang pelaburan langsung di dalam akaun S.T.A.R mencapai paras yang ditetapkan sebelumnya ini membawa kepada penghapusan serta-merta daripada baki pelaburan daripada akaun S.T.A.R. Pada masa yang sama, sistem ini mengawasi paras akaun pengurus (kadar baki bebas pada keperluan margin), dan jika penghapusan pelaburan tersebut menyebabkannya mencapai paras Henti Keluar pada akaun dagangan maka penutupan berkadar posisi terbuka akan dilakukan untuk mengeluarkan dana tersebut daripada deposit marginal. Di dalam cara seperti itu penghapusan serta-merta daripada pelaburan daripada akaun S.T.A.R. menghapuskan kerugian besar dan memastikan keselamatan kerja pengurus tanpa risiko paras Henti Keluar luar jangka untuk posisi-posisi lain selepas penghapusan pelaburan tersebut.

  19. Sistem pembayaran yang telus - membenarkan para pengurus kami untuk merancang aktiviti dagangan mereka. Di dalam seksyen S.T.A.R. > my accounts, pengurus mempunyai akses kepada kesemua akaun yang diwujudkannya. Bila memeriksa setiap akaun, pengurus melihat satu graf menunjukkan koefisyen keefisienan, data akaun, data untuk setiap pelaburan, jumlah, masa bila menerima/ masa luput, status dan jumlah pengeluaran. Di dalam cara seprti ini, pengurus mungkin membina strategi dagangan yang logik berdasarkan maklumat yang diterima.

    Learning fortfs star investor

    Learning fortfs star investor

  20. Mengedit parameter akaun akan membenarkan anda membuat pengubahsuaian yang perlu. Di dalam kes ini anda boleh mengubahsuai leveraj, paras Panggilan Margin atau membuat deskripsi strategi yang lebih terperinci. Selepas mengedit klik pada butang "Save".

    Learning fortfs star investor

  21. Penutupan akaun S.T.A.R. juga boleh dilakukan pada halaman "Edit account parameters" (Edit parameter akaun). Pada akhir halaman klik butang "Close Account" (Tutup Akaun).

    Learning fortfs star investor

  22. Anda akan dihalakan ke halaman "Close S.T.A.R account" (Tutup akaun S.T.A.R.). Pada halaman ini anda taipkan kata laluan akaun S.T.A.R. dan klik pada "Continue". Selepas itu, akaun anda tidak boleh lagi menerima pelaburan baru dan para pelabur semasa anda akan diberitahu yang akaun anda tidak lagi menerima dana dan pelaburan semula tidak boleh dilakukan. Status akaun berubah kepada "Inactive" (Tidak aktif) hanya selepas kesemua dana pelabur dikeluarkan. Semua pelaburan akan dikeluarkan secara automatik bila pelaburan tersebut luput. "Pelaburan pertama" anda akan secara automatik dipindahkan ke akaun selamat anda di dalam satu jam selepas pelaburan terakhir dikeluarkan. Selepas itu akaun anda akan ditutup.

    Learning fortfs star investor

  23. Anda telah melalui proses pendaftaran dan pengaktifan akaun S.T.A.R. anda, telah membaca arahan-arahan mengenai pengubahsuaian dan penutupan akaun. Syarikat mengucapkan selamat berdagang kepada semua pengurus.