Agensi Wilayah

Program Rakan Kongsi Agensi Wilayah Fort Financial Services Ltd diadakan khusus untuk rakan kongsi berpengalaman yang berminat untuk membuka pejabat wilayah sendiri dan bersedia untuk melabur terhadap infrastruktur sedia ada. Rakan kongsi akan diberi keperluan secukupnya untuk memulakan perniagaan mereka dengan jayanya dan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka. Keperluan yang diberi termasuk penggunaan jenama terkemuka dengan lesen bertaraf antarabangsa, bantuan teknikal dan pelanggan, bahan latihan dan pengiklanan, dan sokongan maklumat penuh.

Fort Financial Services Ltd mengumumkan pembukaan agensi di laman sesawang syarikat dan menyertakan maklumat pejabat wilayah untuk dihubungi di seksyen ‘Agensi’. Ahli Bahagian Hubungan Rakan Kongsi juga akan menawarkan pilihan yang membawa manfaat kepada perkongsian yang dibuat bergantung kepada wilayah rakan kongsi tertentu dan pengalaman peribadi mereka dalam bidang broker.

Rakan kongsi syarikat yang menyertai program ini bukan sahaja akan menjadi sebahagian daripada organisasi antarabangsa Fort Financial Services Ltd, malah mereka juga akan memulakan perniagaan mereka sendiri yang akan membawa pendapatan yang stabil untuk mereka.

Anda boleh ajukan sebarang pertanyaan kepada Bahagian Hubungan Rakan Kongsi dan kami dengan gembiranya akan menjawab pertanyaan anda:

partnership@fortfs.com


Citadel of Trading