Untuk induk

1. Untuk menggunakan perkhidmatan, anda perlu mempunyai profil yang disahkan di dalam FortFS
2. Untuk membuka Akaun Induk, jumlah deposit keseluruhan, tidak mengambil kira jumlah bonus, perlulah dengan minimum 100 USD.
3. Untuk melindungi kepentingan pelanggan syarikat menetapkan perolehan dagangan minimum: jumlah langganan bulanan/10. Contohnya, Akaun Induk menetapkan kos langganan 20 USD, maka perolehan dagangan minimum adalah 2 lot standard. Jika Akaun Induk adalah di dalam sen, maka perolehan dagangan minimum adalah: (jumlah langganan bulanan/10)*100. Di dalam kes contoh di atas ia akan menjadi 200 lot mikro. Jika Akaun Induk tidak mencapai perolehan minimum yang diperlukan di dalam 30 hari, maka jumlah langganan penuh akan dipulangkan kepada pelanggan. Jika Akaun Induk mencapai perolehan yang diperlukan, maka pada akhir setiap langganan, dana secara automatik dikreditkan ke dalam akaun semasa USD master.
4. Jika tidak terdapat aktiviti dagangan di dalam Akaun Induk untuk 30 hari, maka Akaun Induk dikeluarkan daripada 'senarai kedudukan' (rating) sehingga ia meneruskan aktiviti dagangan.
5. Jumlah langganan minimum adalah 15 USD.
6. Syarikat menahan 10% komisyen daripada kos langganan. Jumlah ini dikreditkan ke dalam akaun USD induk selepas menolak komisyen 10% oleh syarikat.

Membuka Akaun Induk

Untuk membuka Akaun Induk, anda perlu mempunyai akaun dagangan forex daripada jenis Flex, Fort atau Pro. Isi borang ersebut untuk membuka Akaun Induk.

  1. Pilih akaun dagangan.
  2. Tetapkan kos langganan.
  3. Tetapkan nama unik untuk akaun anda. nama ini akan dicerminkan di dalam 'senarai kedudukan' (rating). Kami mencadangkan anda menggunakan simbol Inggeris, lebih mudah untuk para pelanggan untuk mencari akaun anda.
  4. Masukkan deskripsi akaun anda (contohnya, strategi yang digunakan di dalam dagangan anda).

Create Master account