Syarikat Fort Financial Services menyediakan penggunaan pelayan peribadi secara maya (VPS, Virtual Private Server) kepada pelanggan yang menggunakan sistem perdagangan mekanikal (Penasihat/Advisors) untuk mejalankan aktiviti perdagangan.

Perkhidmatan ini membenarkan robot perdagangan bekerja dengan lebih berkesan kerana sambungan internet jalur lebar yang berkualiti tinggi dan membenarkan peniaga untuk membuat peruabahan yang sepatutnya terhadap kerja penasihatnya selaras dengan keadaan pasaran yang tidak menentu. Perkhidmatan ini memberikan pelanggan beberapa kelebihan:

  1. Operasi penasihat yang lancar
    Penasuhat yang ditempatkan di pusat data Eropah yang khas dilengkapi sistem keselamatan yang cukup hebat dan robot ini ditempatkan di premis yang ditentukan pada suhu yang sempurna untuk operasi kesemua pelayan dapat disenggelarakan secara berterusan. Terdapat kepentingan untuk pusat ini mempunya simpanan bekalan kuasa dan penyedia sambungan internet untuk mengurangakan risiko teknikal.
  2. Operasi penasihat yang stabil
    Anda tidak akan mengalami gangguan terhadap sambungan internet dan masalah lain berkaitan dengan komunikasi kerana pelaksanaan transaksi melalui penasihat ini membolehkan anda tidak lagi bergantung kepada kelajuan dan kualiti sambungan internet anda. VPS anda dan pelayan perdagangan syarikat kami ditempatkan bersebelahan satu sama lain. Keadaan ini akan menjamin keselamatan, dan memberikan perlindungan tambahan serta kawalan kesemua maklumat yang dihantar dalam tempoh 1 milisaat.
  3. Perdagangan 24-Jam bersama penasihat
    Oleh sebab VPS disambung kepada internet berkelajuan tinggi dan saluran stabil sepanjang masa, anda tidak perlu membiarkan komputer anda hidup setiap masa.
  4. Akses dengan pantas ke akaun perdagangan
    Satu lagi kelebihan menggunakan VPS ialah anda kini boleh memantau kerja penasihat dari mana-mana sahaja, menggunakan komputer, tablet, komputer riba atau telefon pintar. Anda Cuma perlukan kata laluan internet untuk mengakses VPS.
  5. Kelebihan untuk menjalankan perdagangan secara serentak melaui dua terminal
    Anda boleh menjalankan aktiviti perdagangan dengan menggunakan komputer tempatan dan daripada terminal jauh dengan cepat.

Aktifkan VPS anda sekarang dengan memilih tab Akaun Peribadi di pelayan maya tersebut. Perhatian: Kami menyediakan VPS percuma jika akaun anda mempunyai simpanan tidak kurang daripada $1,000 atau setaraf dalam matawang lain.