Bagaimanakah anda mengoptimumkan operasi yang dijalankan di platform Syarikat Fort Financial Services?

Semasa waktu puncak aktiviti perdagangan dalam pasaran, sesetengah pengguna mengalami masalah kesesakan lalu lintas internet, operasi terminal yang perlahan dan komputer, secara amnya, apabila sedang larikan terminal. Terdapat langkah yang mudah untuk diamalkan supaya dapat mengoptimumkan operasi terminal dengan meningkatkan prestasi terminal sebanya 5% hingga 70 %, bergantung kepada punca dan faktor masalah yang timbul.

LANGKAH 1: Jumlah alat

Kelajuan arahan pelaksanaan mungkin boleh dipengaruhi oleh jumlah alat yang dibuka dengan banyak pada paparan “Pemerhatian Pasaran” (“market Watch”). Untuk mengatasi masalah ini, alat yang tidak digunakan perlu disembunyikan. Untuk menyembunyikan alat itu, lakukan langkah-langkah seperti berikut:

  1. Klik kanan pada paparan “Pemerhatian Pasaran” (“market Watch”), dan tekan pilihan “Sembunyikan semua simbol”( “Hide all symbols”) pada menu menurun.
  2. Klik kanan sekali lagi pada paparan “Pemerhatian Pasaran” (“market Watch”) dan pada pilihan menu menurun pilih pilihan “Simbol” (“Symbols”).
  3. Pilih alat yang ingin digunakan.
  4. Pilihan alat boleh disimpan dalam suatu senarai automatik. Senarai ini boleh didapati apabila anda mengubah terminal.

LANGKAH 2

Jika langkah pertama tidak membawa sebarang kesan yang diingini, adalah penting untuk anda membataskan jumlah alat yang disimpan dan yang dipaparkan pada masa yang sama. Lakukan langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke tetapan terminal.
  2. Pilih tab “Carta” (“Charts”) dan kurangkan jumlah bar yang dipaparkan pada satu-satu masa dan nombor itu akan disimpan pada bahagian sejarah.
  3. Operasi terminal mungkin boleh dipengaruhi oleh port terbuka untuk protokol DDE. Sila semak jika anda tidak menandakan kotak “Bukakan pelayan DDE” (“Enable DDE server”) jika pilihan itu tidak diperlukan. Anda boleh menghalang aliran berita.
  4. Selepas melakukan langkah-langkah tersebut, anda perlu memulakan semula terminal itu supaya pilihan tetapan baru dapat dijalankan.

Kesemua langkah di atas akan membantu anda mengoptimumkan operasi terminal dan meningkatkan pelaksanaan terminal. Walaupun begitu, kami mengingatkan anda bahawa kriteria utama untuk meningkatkan pelaksanaan terminal ialah kualiti peralatan komputer yang digunakan.

Pelaksanaan kesemua langkah di atas tidak meningkatkan operasi terminal kecuali anda mempunyai komputer yang canggih dan penyedia perkhidmatan internet (sekurang-kurangnya, meliputi 1 gigabit RAM, kelajuan jam CPU sekurang-kurangnya 1000 MHz, kelajuan stabil internet bermula daripada 128 kbit / saat), untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, anda boleh menghubingi bahagian bantuan kami melalui laman sembang dalam talian yang boleh didapati di akaun peribadi anda.