Pengoptimaan platform MT 5

Bagaimana mengoptimakan platform dagangan Fort Financial Services anda?

Semasa aktiviti pasaran yang tinggi sebahagian ‘traders’ mungkin berhadapan penggunaan laluan internet yang sesak, dan juga kelewatan terminal dagangan dan PC internet secara umum. Mengikuti tindakan-tindakan pengoptimaan mudah ini membenarkan anda menambahbaik keefisienan dari 5 ke 70 % bergantung kepada punca masalah tersebut.

Langkah pertama: Jumlah kontrak

Jumlah besar kontrak yang ditambah di dalam tetingkap “Market Watch” boleh dengan mudah memberi kesan kepada kelajuan perlaksanaan arahan-arahan. Adalah perlu untuk menyembunyikan kontrak-kontrak yang tidak digunakan untuk mengelakkan sebarang kelewatan yang berpotensi. Langkah-langkah untuk ini adalah seperti berikut:

  • Klik tetikus sebelah kanan pada "Market Watch" dan pilih baris "Sembunyikan Semua" :

  • Kemudian klik tetikus sebelah kanan sekali lagi pada "Market Watch" dan pilih baris "Simbol" :

  • Tambah kontrak yang anda mahu dagangkan :

  • Ketika ia terlaksana, anda boleh menyimpan set kontrak-kontrak peribadi anda untuk kegunaan lanjut. Contohnya, di dalam terminal dagangan yang lain.

Langkah kedua: Kedalaman sejarah

Di dalam kes langkah pertama tidak memberikan sebarang keputusan adalah perlu untuk membataskan kedalaman sejarah yang ditunjukkan secara serentak. Langkah-langkah untuk ini adalah seperti berikut :

  • Pergi ke ‘tetapan’ (setting) terminal :

  • Klik pada "Carta" dan kurangkan jumlah bar yang ditunjukkan secara serentak :

  • Membenarkan berita terus mengalir mungkin memberikan kesan kepada fungsi terminal yang sesuai dan menyebabkan kelewatan juga. Sekiranya anda tidak menggunakan fungsi ini anda perlu membuang ‘tick’ “Aktifkan berita”:

Sesegera keperluan-keperluan ini dipakai anda perlu ‘memulakan semula’ (restart) terminal dagangan untuk membenarkan ‘tetapan’ (setting) baru berkuatkuasa.

Arahan-arahan yang dinyatakan sebelumnya membenarkan anda melaksanakan pengoptimaan terminal dan meningkatkan keefisienannya. Walaubagaimanapun, kami mengingatkan anda bahawa kriteria utama berkenaan kualiti prestasi adalah kualiti perkakasan komputer/gajet yang digunakan.

Di dalam kes kesemua tindakan yang dilakukan tidak membawa sebarang hasil dan anda menggunakan perkakasan yang terkini dan sambungan internet yang stabil (yang diperlukan tidak kurang daripada 1 Gb RAM, 1000 MHz sebagai frekuensi unit ‘pemproses’ (processor), kelajuan internet tidak kurang daripada 128 kbit/sesaat) anda perlu menghubung pasukan Sokongan kami melalui ‘perbualan’ (chat) dalam talian dengan cara melalui ‘Personal cabinet’ anda.