MetaTrader5

Dagangan yang menguntungkan dan berjaya daripada pasaran-pasaran kewangan global bermula dengan terminal dagangan pelbagai-fungsi yang selesa, profesional dan mudah untuk digunakan. MetaTrader 5 adalah pilihan terbaik untuk 'traders' profesional dan maju!

MetaTrader 5 adalah terminal dagangan paling maju yang membenarkan capaian dagangan kepada Forex, bursa-bursa saham, pasaran hadapan, CFD dan juga pasaran-pasaran matawang kripto. Ia mengandungi sejumlah peralatan sesuai untuk dagangan komprehensif dan analisis tindakan harga dan juga penggunaan aplikasi-aplikasi dagangan algorithma (contohnya 'expert advisors' dan sebagainya.)

MetaTrader 5 menggabungkan sistem dagangan yang berkuasa dengan pandangan mendalam pasaran dan pesanan-pesanan berasingan dan sistem perakaunan dagangan. Terminal dagangan menyokong dua jenis transaksi dagangan: sistem-sistem 'netting' tradisional dan lindung-nilai. Ia juga menyokong semua jenis-jenis pesanan (biasa) tradisional termasuk pasaran, pesanan-pesanan henti dan tangguh dan juga jejak-henti. Mengambil kira kepelbagaian di dalam jenis-jenis pesanan dan mod-mod pelaksanaan yang tersedia, 'traders' boleh menggunakan sebarang jenis strategi dagangan untuk kejayaan di dalam pasaran-pasaran kewangan.

Platform dagangan membentangkan konsep semua dalam satu dan menawarkan sejumlah besar peralatan-peralatan analitik. Ia juga membenarkan anda untuk memiliki sehingga 100 buah carta yang dibuka serentak. Dua puluh satu jangka masa yang berbeza membuatkannya mampu untuk melaksanakan analisis terperinci setiap pergerakan harga yang kecil.

Lebih daripada 80 petunjuk teknikal dan peralatan analitik termasuk objek-objek grafik yang membekalkan analisis dinamik sebutharga yang terperinci.

Berita harian yang diterbitkan oleh agensi-agensi kewangan global dengan segera muncul secara langsung di dalam terminal dagangan anda membantu anda untuk membuat keputusan dagangan dengan cepat.

Sumber-sumber analitik mengenai terminal tidak terhad kepada peralatan yang terbina di dalam sahaja. 'Traders' adalah bebas untuk memilih di kalangan beribu petunjuk-petunjuk percuma, membeli atau menyewa lebih daripada 2500 aplikasi-aplikasi algorithma yang lengkap dan juga untuk memesan petunjuk tersuai daripada para pengatur cara profesional.

Untuk memasang terminal dagangan berdasarkan Mac OS sila gunakan arahan-arahan berikut.

Jika anda tidak mempunyai peluang untuk memuat-turun atau memasang terminal berkenaan anda boleh menggunakan versi dalam talian dengan menekan butang ini:

GUNAKAN TERMINAL LAMAN SESAWANG



Masukkan akaun anda di dalam sistem pengawasan