Lakukan urusniaga anda terus daripada carta dagangan! Anda tidak perlu lagi membuka tetingkap “Arahan Baru”, dan pilih alat dan bilangan yang diperlukan setiap kali anda sebelum anda menghantar arahan untuk pelaksanaan urusniaga. Masa ibarat emas dalam pasaran Forex, anda mungkin terlepas peluang berharga apabila sibuk membuka tetingkap ketika memasuki pasaran. Kini anda hanya perlu klik terus pada carta alatan yang anda suka, atau klik buy atau sell pada masa yang anda rasakan sesuai – dan begitu sahaja urusniaga anda akan dilaksanakan dengan serta merta! Anda sendiri yang tentukan jumlah yang diingini terlebih dahulu dan jangan risau, ia tidak mempunyai sebarang “kesan memori” walaupun selepas anda menghidupkan semula terminal berkenaan. Terima kasih kepada fungsi One Click Trading (Perdagangan dengan hanya 1 klik) yang percuma.

Bagaimana untuk saya mengaktifkan One Click Trading?

Untuk mengaktifkan ciri-ciri ini, anda perlu memilih “Alatan” pada terminal kemudian pilih “Tetapan” pada bahagian bawah bar menu tersebut.

Kemudian, klik “Perdagangan 1-Klik” pada tab “Perdagangan”

Untuk mendapatkan item ini, anda perlu setuju dengan dengan Penafian kami. Ia menyatakan bahawa anda kini faham dan setuju bahawa segala urusniaga anda akan dilaksanakan dengan serta merta tanpa sebarang notis; walaupun jika menekan butang buy atau sell secara tidak sengaja, urusniaga tersebut akan dilaksanakan dengan serta merta.

Selepas menekan butang OK, lihat pada bahagian atas sebelah kiri carta (alatan berkenaan), anda akan dapati satu anak panah kecil, daripada sini anda boleh memilih sama ada untuk membuka atau menutup panel perdagangan pada One Click Trading:

Kini, apabila anda menekan pada butang beli atau jual, anda akan membuka satu urusniaga. Jumlahnya boleh dipratetapkan pada tetingkap yang berada di tengah-tengah panel.

Perdagangan berjaya, kini boleh dilakukan dengan hanya satu klik menggunakan Fort Financial Services!