Para pelanggan Fort Financial Services! Kami telah menyediakan sebuah video tutoran tentang cara anda dapat mula berdagang dengan menggunakan kumpulan alat CFD dalam perdagangan masa hadapan.

Anda dapat mengetahui secara lanjut tentang cara melaksanakan arahan dalam bahagian Pendidikan: Berdagang dengan CFD dalam kontrak hadapan dan ETF.





Perhatian: setiap alat dalam kumpulan ini mempunyai bukan satu, tetapi dua penanda yang terletak pada terminal di tetingkap Ulasan Pasaran.

Penanda pertama merupakan penentu alat tersebut (contohnya, 6EH4). Sama seperti spesifikasi komersial yang dapat anda lihat pada laman sesawang kami. Penanda ini memaparkan harga terakhir (sebut harga terakhir bagi kontrak ini). Penanda ini digunakan untuk memulakan dan menutup urusniaga.

Penanda kedua mempunyai tatatanda asas dan akhiran #I (Contohnya, 6EH4#I). Bida dan harga permintaan perdagangan yang berfokus pada peniaga pada permulaan dagangan akan dihantar.

Berikut merupakan senarai jenis arahan yang boleh dimulakan dalam kontrak hadapan:

Buy by market — dengan memilih jenis arahan seperti ini, anda akan memberi arahan untuk membeli jumlah lot tertentu dalam kontrak itu, misalnya, 6EH4.Transaksi anda akan dilaksanakan dengan segera pada harga permintaan yang boleh dilihat pada penanda maklumat 6EH4#I.

Sell by market — arahan ini ialah arahan songsang untuk menjual kontrak pada harga pasaran. Transaksi anda akan dilaksanakan dengan segera dan akan dijual pada harga dibida yang dapat dijumpai dalam kontrak dengan #I.

Buy Limit — berikut merupakan pelaksanaan suatu transaksi pada harga spesifik yang telah dinyatakan dalam pesanan. Hal ini berlaku apabila harga alat melepasi tahap harga yang ditentukan anda pada tahap 1 mata ke bawah.

Sell Limit — menjamin pelaksanaan tepat pada harga yang diminta tetapi hanya berlaku apabila harga kontrak melepasi tahap harga spesifik ditentukan anda pada tahap 1 mata ke atas.

Buy Stop — arahan ini membantu anda mendapatkan pelaksanaan transaksi dalam pasaran pada harga permintaan (dipaparkan pada penanda maklumat dengan #I). Hal ini akan berlaku apabila harga terakhir pada kontrak dipilih pada penanda utama yang dipilih (contoh: 6EH4) mencapai harga spesifikyang ditetapkan anda.

Sell Stop — arahan ini bermaksud perlaksanaan pasaran pesanan pada harga bida yang boleh dilihat pada penanda dengan akhiran #I apabila harga terakhir penanda utama menyentuh harga permintaan yang telah ditetapkan dalam arahan.

Stop Loss (Sell) — arahan ini menghadkan kerugian potensi anda dalam transaksi jualan. Jika anda telah menetapkan arahan untuk sesuatu urusniaga jualan (Jual), transaksi tersebut akan tutup pada takat harga permintaan (sila lihat bahagian informasi kontrak dengan akhiran #I). Ini akan berlaku apabila harga terakhir kontrak menyentuh harga permintaan sesuatu pesanan.

Stop Loss (Buy) — arahan ini menghadkan kerugian anda dalam transaksi belian (Beli). Transaksi akan menutup pada harga bida yang dapat dilihat bersebelahan penanda dengan akhiran #I. Ini akan berlaku apabila harga terakhir penanda utama menyentuh harga bida anda pada sesuatu pesanan.

Take Profit (Sell) — arahan ini akan menetapkan takat keuntungan transaksi pada tahap yang telah dinyatakan oleh anda. Jika anda membuka transaksi jualan (Jual), Take Profit akan terlaksana pada takat harga yang telah ditetapkan oleh anda apabila harga terakhir pada penanda utama melepasi harga yang telah ditetapkan anda kurang 1 takat dan dagangan akan bermula terdahulu dibawah tahap TP.

Take Profit (Buy) — устанавливая этот ордер на сделке Buy, вы получите исполнение по указанной вами цене. Произойдет это тогда, когда цена last на основном тикере пересечет заявленную цену на 1 тик вверх и будет торговаться уже выше уровня ТР.

Perhatian, setiap kontrak hadapan mempunyai tempoh luput dagangan. Peraturan-peraturan yang dilalui proses ini dan segala tarikh luput masa hadapan dan lampau boleh dilihat dalam laman sesawang kami pada bahagian Spesifikasi.

Segala arahan yang tertera diatas akan dilaksanakan pada pasaran. Ini bermaksud, anda memulakan dan menutup urusniaga pada harga yang tertera pada terminal anda di medan informasi kontrak dengan akhiran #I pada penutupan transaksi urusniaga. Walaubagaimanapun, jika harga peralatan secara tiba-tiba menurun pada detik masa tersebut, arahan anda akan dilaksanakan pada harga terkini dan anda tidak mempunyai hak untuk menentang perubahan ini.

Kebanyakkan pelanggan memulakan transaksi melalui kaedah berkalender atau melalui antaradangang dan spread antarapasaran. Misalnya, ini merupakan kedudukan yang terbuka pada bila-bila masa (dalam tempoh 60 minit), mana-mana bahagian atau arah berlawanan dengan isipadu kontrak yang saksama. Kontrak-kontrak ini diterbit daripada kumpulan aset komoditi tersirat yang sama, dengan mana-mana kedudukan terbuka yang sama tetapi dengan bulan penghantaran yang berbeza (dekat atau jauh). Jika transaksi seperti ini kekal terbuka untuk sebuah tempoh lebih dari 3 hari, syarikat mempunyai hak untuk menetapkan caj pengurusan harian tambahan sebanyak $10 bagi setiap lot standard dan sejumlah bayaran yang sama dengan spread pasaran terkini untuk kontrak terbuka. Malangnya, berikut merupakan kehendak penyedia kecairan kami.

Tambahan pula, menurut peraturan yang telah ditetapkan oleh pengatur pasaran, pengguna akaun percubaan tidak dapat menggunakan semua alat dagangan kumpulan CFD dalam kontrak hadapan dan segala sebut harga akan diterima selepas sesuatu tempoh tangguh.