Setiap kumpulan kontrak hadapan (kontrak kelainan, CFD), yang boleh didapati di platform perdagangan kami, mempunyai tarikh akhir perdagangan. Tarikh akhir ini ialah tarikh luput yang telah dispesifikasikan pada jadual khas yang telah diletakkan di laman sesawang kami di seksyen Spesifikasi Hadapan CFD.

Walaupun begitu, jika ada terlupa tentang tarikh yang telah ditetapkan itu, kami memberi peringatan kepada anda dua hari sebelum tarikh luput dengan menghatar surat peringatan menerusi terminal mel anda. Surat itu mengandungi senarai khas kesemua alat yang akan luput penggunaannya dan tempoh lelongan yang tepat pada akhir kontrak itu. Keutamaan diberikan terhadapa tarikh luput yang ditetapkan yang telah disenaraikan di laman sesawang kami di seksyen Spesifikasi, walaupun terdapat pemberitahuan melalui e-mel atau sumber maklumat yang lain.

Pada hari dan jam luput yang telah ditetapkan, kontrak hadapan yang akan luput, akan mempunyai pengesetan secara automatik menjadi “ Baca sahaja’ (“Read Only”). Pada masa yang sama, kumpulan bantuan teknikal kami akan menutup semua transaksi terbuka untuk alat tersebut. Alat ini akan ditutup pada harga pasaran terkini bagi alat tersebut (harga bidaan untuk barangan yang ingin dibeli, tetapi pada harga permintaan untuk kedudukan untuk tempoh yang singkat). Pesanan tertunggak akan dibatalkan dan kemudian, kesemua kontrak luput akan disingkirkan daripada terminal.

Perhatian: Semakin dekat tempoh luput suatu kontrak, semakin rendah kecairan dan semakin tinggi ketaktentuan kontrak yang akan tamat tempoh. Sepanjang tempoh ini, terdapat jurang harga yang ketara yang tidak boleh dikecualikan dan jurang ini boleh memberi kesan kepada pengguna yang berada dalam kedudukan terbuka. Oleh itu, kami mencadangkan anda untuk menilai dengan teliti risiko ini dan memberi perhatian terhada transaksi yang dibuka yang akan luput dalam tempoh 2-3 hari.

Dengan keadaan kontrak hadapan kami yang mempunyai tempoh penghantaran bulanan yang pendek dan lama, anda boleh mendapatkan maklumat kontrak pada pelayan kami dengan akhiran _CONT, apabila tiada perdagangan yang ditawarkan. Sebut harga harga yang tidak terhad akan dipilih untuk setiap kontrak hadapan bagi setiap kumpulan alat CDF yang akan tamat tempoh.