Weekly reviews

Minggu baru bermula bercampur-campur, pasaran sedang mencari pemandu-pemandu baru dari 'speaker-speaker' 'Fed'

Pasaran hadapan Amerika menunjuk kepada sebahagian tekanan terhadap aset-aset ekuiti Wall Street pada hari Isnin disebabkan pertumbuhan dollar US. Minggu ini, pasaran-pasaran adalah dipengaruhi dengan kuatnya oleh 'speaker-speaker' 'Fed'. Minggu lepas, indeks-indeks utama mengakhiri dagangan dengan bercampur-campur, ketika para pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan berkaitan Korea Utara. Tambahan kepada geopolitik, minggu yang telah berakhir adalah tepu dengan kedua-dua perkara maklumat, dan juga perkara mengenai peristiwa-peristiwa dan pergerakan harga. Reaksi pasaran kepada posisi 'agresif' (hawkish) 'Federal Reserve' US tidak membuatkan dollar pilihan yang jelas, tetapi masih membenarkannya melengkapkan minggu lepas lebih kukuh berbanding kesemua pesaing-pesaing utamanya, kecuali dollar New Zealand dan matawang tunggal Eropah. Yang terakhir memperoleh sedikit berbanding dollar Amerika, hanya 0.04% tetapi ia masih lebih kukuh, sebaliknya, seperti Franc yang jatuh kepada Dollar sebanyak 1.16%.

Minggu lepas berakhir dengan kemerosotan di dalam harga emas. Di sebalik ketegangan berterusan di sekeliling Korea Utara, yang dipergiat selepas tindak-balas Kim Jong-un kepada ucapan presiden US di PBB, emas tidak dapat memainkan kembali kerugian yang dialami lebih awal. Hasilnya, dagangan pada September 18-22 ditutup di bawah paras rintangan yang sebelumnya dipecahkan pada $1300.70 satu auns 'troy' dan di bawah tanda ppsikologi dan teknikal penting pada 1300. Gabungan CDU/CSU memenangi pilihanraya di Bundestag seperti dijangka dengan 33% undian. Walaubagaimanapun, "Christian Democrats" yang diketuai oleh Angela Merkel mengekalkan majoriti di parlimen, kehilangan sebahagian posisi mereka. sekarang ini blok Merkel daripada CDU / CSU mempunyai 238 kerusi di dalam Bundestag, mereka masih kekal parti politik utama di Jerman. Sekarang ini Merkel akan perlu membentuk kerajaan campuran dengan parti liberal dan yang "hijau". Secara umumnya, Angela Merkel menekankan pencapaian tugasan strategik utama, masih kekal tidak berpuashati dengan kekalahan sebahagian daripada pilihanraya tersebut. Oleh itu, untuk kali pertama di Jerman, kerajaan tiga buah parti boleh dibentuk.

Minggu ini, para pelabur berkemungkinan memberi fokus kepada mencari pemandu-pemandu tambahan di sekitar polisi kewangan daripada 'Fed', yang mengumumkan minggu lepas bahawa ia akan mula mengurangkan imbangannya di dalam bulan Oktober. Pada masa yang sama, banyak data akan diterbitkan minggu ini, termasuk statisktik mengenai barangan tahan lama dan perbelanjaan pengguna.

Pengukuhan pasaran minyak berterusan. Minyak Brent cuba untuk diniagakan menerusi paras 57.30, tetapi secara teknikal ia adalah zon terlebih beli yang kukuh dan rintangan jangka sederhana yang kuat, jadi pertumbuhan lanjut tanpa pembetulan teknikal adalah kurang berkemungkinan. Menurut berita minggu sebelumnya, jumlah penggalian di US jatuh sebanyak 5 unit - kepada 744 unit. Minggu ini, data tradisional mengenai inventori minyak adalah di dalam fokus, dan juga penilaian semula pasaran terhadap komen-komen OPEC.

chartchart