Weekly reviews

Mesyuarat 'Fed' di dalam fokus, pasaran-pasaran kelihatan optimis

Pada hari Selasa, pasaran-pasaran ekuiti Eropah diniagakan di bawah tekanan yang lemah, para pelabur berhati-heti menjelang mesyuarat 'Federal \reserve' dan sidang akhbar esok oleh Pengerusi 'Fed' Janet Yellen. Jangkaan-jangkaan para pelabur mengenai kenaikan kadar lain pada akhir tahun ini, menurut 'CME Group', menokok kepada 57%, ketika seminggu yang lalu kemungkinan ini dianggarkan pada 41.3% sahaja. Pasaran hadapan indeks-indeks US diniagakan dengan neutral. Bursa-bursa Asia juga menunjukkan sesi yang kukuh dan perolehan secara sederhana.

Di pasaran matawang FOREX Eur/Usd meneruskan perolehan tertahan, pasangan ini menamatkan dagangan hari Isnin melebihi paras psikologi 1.19 pada paras 1.1954. Acara utama yang semua para peserta pasaran tertunggu-tunggu akan berlangsung esok, selepas mesyuarat dua hari 'Open Market Committee' (FOMC) satu keputusan mengenai kadar faedah akan diumumkan, dan juga ramalan-ramalan ekonomi baru dan kenyataan mengenai mereka.

Adalah dijangka yang kadar pada mesyuarat tersebut tidak akan dinaikkan, tetapi berita mengenai pemasaan pengurangan imbangan akan dilihat secara dekat.

Perhatian utama para pelabur akan terarah kepada ramalan-ramalan ekonomi baru, perincian kenyataan tersebut dan, tentunya, ucapan ketua 'Federal Reserve'. Apa yang Yellen akan perkatakan dan retorik umum komen-komennya akan mempengaruhi dinamik lanjut dollar US.

Harga emas semalam menunjukkan dinamik negatif. Penurunan di dalam harga logam berharga itu dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti: kenaikan hasil bon-bon Perbendaharaan US, dinamik positif pasaran-pasaran saham dunia, penurunan ketegangan geopolitik di sekitar DPRK, perolehan dollar US menjelang mesyuarat 'Fed'. Untuk seketika situasi ini berkembang menyebelahi penjual dan kemerosotan lanjut menuju paras penting $ 1,300 satu auns 'troy'. Seperti yang kita telah nyatakan sebelum ini, kawasan 1301-1292 adalah sangat kukuh secara teknikal. Pasaran mengambil tiga percubaan untuk bergerak ke atas menerusi rintangan tersebut dan sekarang ini emas sedang memperbetulkan kembali menuju paras ini.   

Pasaran minyak Brent diniagakan pada paras tinggi tempatan pada hari-hari terakhir- $ 55.70. Hari ini, pasaran akan menganalisa data mengenai inventori minyak daripada API. Data penggalian terkini daripada Jabatan Tenaga US menunjukkan pengeluaran minyak 'shale' sedang meningkat dan mungkin melebihi 6 juta tong sahari bulan hadapan. Ini pastinya berita negatif kepada pasaran minyak walaubagaimanapun laporan-laporan yang Arab Saudi mengurangkan eksport minyak di dalam bulan Julai daripada 6.8 kepada 6.6 juta tong sehari adalah isyarat positif. Tambahan, taufan Maria, sekarang ini melepasi lembangan Caribbean, tetapi mungkin juga memberi kesan kepada Teluk Mexico, sekarang ini membekalkan sokongan kepada pasaran minyak juga.

chartchartchart