Technical analytics

Analisis carta 'Candlestick' Emas

XAUUSD

Emas melawat semula kawasan 1295 di mana momentum belian memudar. Spot berpatah balik di sini dan mula kehilangan nilai. Penjual dengan mudah mengambil semula paras 1290, dan mengheret kadar ini ke kawasan 1285. Kecenderungan jualan memudar semasa dagangan waktu malam dan komoditi ini mampu kembali ke paras 1295.

Emas kembali ke EMA50 yang berada di dalam kawasan 1287. EMA100 masih di sekitar paras 1270. Kesemua 'moving averages' sedang menunjuk lebih tinggi. MACD kekal di dalam wilayah positif, walaubagaimanapun, histogramnya terus bergerak ke bawah. 'Stochastic' meninggalkan paras-paras terlebih-jual. Rintangan berdiri pada paras 1300, sokongan adalah pada paras 1290.

Jika emas kekal di bawah paras 1290 ianya berkemungkinan mempercepatkan kejatuhan menuju pengujian semula paras sokongan kukuh 1280. Sebaliknya, satu corak 'candlestick' 'bearish' (menurun) telah dibentuk pada carta – "Shooting start". Ia merupakan satu corak 'bearish' (menurun) dan jika corak ini benar emas mungkin jatuh lebih jauh.

New articles