Technical analytics

Analisis carta 'Candlestick' Emas

XAUUSD

Pembeli dengan jelas kehilangan momentum. Mereka gagal memulih selepas jualan mendadak minggu lepas. Mereka menggerakkan spot ke kawasan 1295 di mana mereka sekali lagi kehilangan daya. Logam berharga ini bertukar 'bearish' (menurun) di sini dan melemah ke paras 1285 dahulu dan kemudiannya menyambung kemerosotannya ke paras 1280 di mana EMA100 memperlahankan kemerosotannya. Kami juga menyedari formasi "Shooting Star" semalam. Ia merupakan satu corak 'candlestick' 'bearish' (menurun) dan tindakan harga semasa sedang mengesahkan kekuatan penjual yang meningkat. Logam berharga ini kekal melebihi 'moving averages' 'bullish' (menaik). MACD terus bergerak ke bawah di dalam kawasan positif. 'Oscillator' 'stochastic' melantun dari paras-paras terlebih-beli. Rintangan berdiri pada paras 1290, sokongan adalah pada paras 1280.

Kita sedang menerima isyarat-isyarat jualan baru setiap hari sekarang ini. Kita mempunyai “Bearish engulfing” pada hari Jumaat dan “Shooting star” semalam. 'Clouds' kelihatan berkumpul di sekitar emas. Jika penjual memperoleh semula kawalan, mereka akan menyasarkan pada tangkai 1280 dahulu. Kami ragu-ragu yang EMA50 akan mampu mempertahankan bahagian bawah. Penjual akan dengan mudah memperoleh semula paras tersebut, mengikut fikiran kami. Jika berlaku, spot mungkin melemah ke paras 1270 selepas itu.