25, Oktober 2016

Nasdaq(Carta 4-jam)

Gambaran Keseluruhan

Pada hari Isnin, Saham Amerika diniagakan lebih tinggi,ia disebabkan penantian komen rasmi Fed dan pengeluaran data  U.S. Manufacturing PMI report.

Keadaan Semasa

Pada hari Isnin, indeks masih dalam keadaan bullish. Harga masih berada di dalam channel ke atas, mendekati penghujungnya. Pembeli memacu indeks NASDAQ ke atas level 4900 melalui paras 4865. Indeks meninggalkan EMA50, 100 dan 200 di bawah harganya. EMA100 dan 200 kekal neutral, EMA50 berubah ke atas. Resistance di paras 4900, dan support di paras 4865.

Penunjuk MACD berada di kawasan positif. Peningkatan penunjuk MACD  menunjukkan kekuatan pembeli. RSI berada di kawasan overbought.

Cadangan Dagangan

Harga masih trending ke paras 4900. Jika level ini dicapai dengan jayanya, lanjutan harga seterusnya boleh menuju ke paras  4940 boleh dijangkakan.