Technical analytics

Analisis petunjuk 'Ichimoku cloud' GBP/USD

GBPUSD

Permintaan untuk pound kekal tidak berkurangan pada hari Khamis. Pandangan 'bullish' (menaik) kekal popular dan pembeli terus memberi tekanan kepada halangan 1.2800. Mereka menghabiskan keseluruhan malam cuba mendapatkan paras itu, tetapi gagal, kehilangan kekuatan dan bertukar ke bahagian bawah pada waktu pagi. Sterling bergerak ke paras 1.2750 dan berada di sini hingga pagi.

Petunjuk-petunjuk teknikal mula memperolehi momentum negatif. 'Tenkan-Sen' terletak pada paras 1.2760, membekalkan sokongan tambahan, 'Kijun-Sen' adalah pada paras 1.2700, manakala 'Chikou Span' adalah di suatu tempat di dalam kawasan 1.2760. 'Kijun-Sen' dan 'Tenkan-Sen' adalah neutral, manakala 'Chikou Span' sedang bergerak ke bawah. 'Ichimoku cloud' kekal 'bullish' (menaik). MACD merosot yang mengesahkan kekuatan penjual. Rintangan berada pada paras 1.2800, sokongan datang pada paras 1.2700.    

Penjual sedang bergerak menuju paras 1.2700. Satu pemecahan yang meyakinkan menerusi paras sokongan ini mungkin menukar sentimen jangka hampir kepada 'bearish' (menurun). Di dalam senario berpotensi ini pound mungkin melawat paras 1.2600.