Technical analytics

Analisis petunjuk 'Ichimoku cloud' EUR/USD

EURUSD

Gambaran keseluruhan kekal sama. Pembeli sedang mengawal dan EUR/USD masih di dalam saluran menaik. Pembeli, walaubagaimanapun, gagal mera melampai paras 1.1550. Mereka mencatatkan satu paras tinggi baru pada 1.1570 dan meninggalkan pasaran ini. Penjual memperoleh semula kawalan dengan segera dan mula menjual euro menuju paras 1.1520 di mana jualan mendadak memperlahan. Satu momentum jualan baru muncul pada waktu petang dan pasangan matawang ini bergerak ke paras 1.1500. EUR/USD menjumpai bidaan-bidaan baru di sini dan memulih ke paras 1.1525 pada waktu pagi.

'Tenkan-Sen' teletak di paras 1.1500, bertindak sebagai satu sokongan tambahan, 'Kijun-Sen' adalah pada paras 1.1450, 'Chikou Span' adalah di suatu tempat di dalam kawasan 1.1520. 'Kijun-Sen' dan 'Tenkan-Sen' adalah neutral, manakala 'Chikou Span' sedang bergerak ke bawah. 'Ichimoku cloud' masih sedang bergerak ke atas. Petunjuk MACD merosot di dalam kawasan terlebih-beli. Rintangan berada pada paras 1.1550, sokongan datang pada paras 1.1500.

Jika penjual mengekalkan kawalan, satu pemecahan ke bawah paras 1.1500 mungkin berlaku di dalam sesi-sesi mendatang. Mereka akan menyasarkan pada paras 1.1470 selepas itu.