Technical analytics

Bitcoin

Cryptocurrencies

Bitcoin menukar sentimen neutralnya kepada sentimen 'bearish' (menurun) semalam. Koin ini memulakan hari tersebut pada paras 4000 dan berada di sini pada waktu malam. Satu 'bearishness' (penurunan) baru muncul pada waktu pagi dan wang kripto ini jatuh ke paras 3800 dan menghentikan seketika kemerosotannya untuk seketika. Penjual mengetatkan cengkaman pada pembukaan NY dan menghantar spot ke paras 3600 di mana mereka kehilangan kekuatan.

'Moving averages' kekal di dalam kawasan 3800. EMA200 tetap bergerak lebih rnedah, manakala EMA50 dan EMA100 mula mengubah haluannya. MACD memasuki kawasan negatif. 'Stochastic' mencapai paras-paras terlebih-jual. Rintangan berdiri pada paras 3800, sokongan adalah pada paras 3600.

Jangkaan jangka lebih panjang akan menjadi 'bearish' (menurun) selagi mana harga berpegang di bawah paras 4000. Bitcoin adalah lemah dan terdedah untuk merekodkan kerugian baru bila-bila masa sekarang ini. Jika penjual memecah ke bawah paras 3600, harga mungkin jatuh selanjutnya yang sepatutnya menghantar pasaran ini mencari paras 3400.

New articles