Technical analytics

Analisis Fibonacci AUD/USD

AUDUSD

Pasangan AUD/USD kekal di dalam trend ke atas. Spot mengekalkan pendirian neutral-kepada-'bullish' (menaik)nya dan berada di dalam jajaran sempit di antara paras-paras 0.7180 dan 0.7150. Tekanan belian meningkat pada waktu malam dan AUD bergerak ke paras 0.7200.

AUD memecahkan paras Fibonacci pada 61.8% dan EMA200 dan berada melebihi halangan-halangan ini. Paras Fibonacci pada 50.0% adalah pada paras 0.7200. EMA50 sedang meningkat, EMA100 mula mengubah haluannya, EMA200 sedang menunjukkan kemerosotan sederhana. MACD kekal di dalam kawasan positif. 'Stochastic' mengukuh di dalam bacaan-bacaan terlebih-beli. Rintangan berada pada paras 0.7200, sokongan adalah pada paras 0.7150.

'Bulls' (kenaikan) sedang mengekalkan fokus pada paras 0.7200. Jika mereka memperolehi semula halangan ini, mereka akan mendapat peluang untuk merekodkan paras tinggi mingguan baru pada paras 0.7250 di mana tanda Fibo pada 38.2% terletak.