Technical analytics

Analisis carta 'Candlestick' Brent

Brent

Bulls' (kenaikan) mengekalkan kawalan dan tetap bergelut dengan paras 61.50. Mereka kekurangan momentum untuk mengatasi halangan ini dan memegang penanda aras ini di dalam satu jajaran sempit: 61.50-60.50.

EMA200 masih sedang mempertahankan paras 61.50. EMA100 kekal di dalam kawasan 57.50, bertindak sebagai satu sokongan tambahan. EMA50 sedang bergerak ke atas, EMA100 mengubah haluannya dan sedang meningkat ketika ini, manakala EMA200 masih 'bearish' (menurun). MACD kekal pada paras yang sama yang mengesahkan kekuatan pembeli. Petunjuk 'Stochastic' mengukuh di dalam paras-paras terlebih-beli. Rintangan berdiri pada paras 61.50, sokongan adalah pada paras 59.50.

Corak "Three inside up" adalah masih aktif. Ia merupakan satu corak 'bullish' dan kami menjangkakan penanda aras ini untuk mengatasi paras 61.50 dan akan bergerak menuju paras 63.50.