Technical analytics

Analisis carta 'Candlestick' Brent

Brent

Brent kekal di bahagian belakang pada hari Selasa. Satu gelombang baru minat belian muncul semasa awal sesi Eropah dan membantu penanda aras ini mengatasi paras 57.50. Kekuatan sentimen 'bullish' (menaik) kekal kuat semasa hari tersebut dan harga minyak Brent mara ke paras 58.50. Pembeli mengekalkan kawalan pada waktu malam dan mampu menguji paras 59.50 pada waktu pagi.

Pembeli mengatasi garis EMA100 yang menjadi satu paras sokongan tambahan. EMA50 dan EMA100 sedang mengubah haluan, manakala EMA200 masih 'bearish' (menurun). MACD menokok di dalam kawasan positif. 'Stochastic' mengukuh di dalam paras-paras terlebih-beli. Rintangan berdiri pada paras 59.50, sokongan adalah pada paras 57.50.

Pembeli disasarkan untuk memperolehi semula paras 59.50. Walaubagaimanapun, mereka adalah lemah dan kami ragu-ragu yang mereka mempunyai apa yang perlu untuk mengatasi halangan ini. Brent mungkin mencapai tawaran-tawaran baru di sini dan menarik kembali ke paras 57.50.