Trading signals

Trading signals

Kita berada di hujung minggu ini di sesi dagangan hari Jumaat dan sedang melihat pada prestasi FX. Dollar USD adalah jualan sepenuhnya minggu ini. Dollar New Zealand menokok sebanyak kira-kira 1.25% dari hari Isnin, manakala pound adalah pada hujung lain spektrum ini, merosot sebanyak kira-kira 1.% sepanjang minggu ini. Jualan runcit di UK, dagangan di dalam zon Euro dan pembuatan US adalah sebahagian data hari ini.

EUR / USD

Matawang Eropah sedang mengukuh di dalam jajaran sempit di bawah tanda  1.1300. Sokongan ketika ini di dalam jajaran rintangan 1.1265, masing-masing, 1.1300. Mengambil kira dagangan hari Jumaat, kita boleh melihat sebahagian pengambilan-untung dan kembalinya sebutharga melebihi paras 1.1300. Jika disahkan ia akan menjadi satu tanda positif untuk pertumbuhan pembetulan lebih kukuh pasaran ini minggu depan.

Cadangan dagangan - belian di dalam kawasan 1.1265

GBP/USD

Pound menunjukkan percubaan penarikan semula lemah, tetapi tekanan di dalam pasaran ini kekal. Paras sokongan lama pada 1.2840, yang menyokong sebutharga untuk tiga hari, muncul sebagai zon rintangan kukuh untuk pasaran ini. Kita boleh cuba membuka jualan-jualan dari tanda ini.

Cadangan dagangan - jualan dari paras 1.2830

Emas

Satu corak menarik telah muncul- konfigurasi 'double-bottom' (dasar berkembar) telah terbentuk pada carta. Kita akan melihat pemecahan paras rintangan tempatan di sekitar 1315 dan satu  ujian pada paras tinggi semasa (1325) hari ini. Dengan pengukuhan melebihi paras 1315 kita boleh menambah belian.

Cadangan dagangan - pembelian

Indeks dollar

Indeks dollar menandakan paras tinggi tahunan di dalam kawasan 97.10 dan kemudiannya kukuh melebihi paras sokongan 96.85. Hari ini merupakan satu hari sangat penting, jika penjual tidak mampu menutup minggu ini di bawah tanda ini, kemudiannya kita boleh dengan yakin menjangkakan kemaskini paras tinggi dollar tahun 2018, yang berada di dalam kawasan 97.50.

Cadangan dagangan - keluar dari pasaran

New articles