Trading signals

Isyarat-isyarat dagangan

EUR / USD - tiada perubahan signifikan di dalam pasaran ini

Dagangan semalam di dalam pasangan matawang EUR / USD tidak membuat perubahan signifikan di dalam imbangan kuasa tersebut. Tidak ada statistik penting telah diterbitkan yang boleh menjadi satu pemandu untuk pergerakan pasangan matawang utama pasaran FX. Walaubagaimanapun, data mengenai paras kekosongan dan pusing-ganti tenaga kerja dan juga satu laporan mengenai volum perbelanjaan pengguna muncul dari United States, tetapi cetakan-cetakan ini tidak memberi kesan kepada dinamik-dinamik harga dan kebanyakannya diabaikan. Zon rintangan  1.1470-1.1485 terus menangkis serangan 'bulls' (kenaikan) dan tidak membeanarkan pasangan ini lebih tinggi. Percubaan-percubaan kerap untuk bergerak menerusi kawasan harga penting ini berakhir semalam dengan lantunan semula ke bawah seterusnya. Pada masa yang sama, paras sokongan penting pada 1.1430 kekal dan hanya ditusuk tetapi tidak dipecahkan. Jika pasaran ini boleh mengukuh ke paras 1.1500, maka mungkin ia mengaktifkan arahan-arahan henti yang terletak di sana, yang akan menghantar sebutharga ke kawasan 1.1520. Walaubagaimanapun, kawasan sokongan utama  terletak di dalam zon 1.1405-1.1400. Kami mengekalkan jangkaan-jangkaan positif untuk pasaran ini, dan kami menjangkakan satu penarikan semula taktikal yang akan mengaktifkan belian-belian baru.

Cadagangan dagangan - belian di dalam kawasan 1.1405-1.1400.

GBP / USD - dagangan mengambil tempat di dalam zon sempit 1.2720-1.2780

Pasaran ini terus diniagakan di sekitar tanda 1.2780. Percubaan-percubaan untuk menguji tanda ini bersambung. Zon ini memegang paaran ini untuk dua bulan dan terbukti kukuh. Pastinya, secara fundamental latar belakang berita ketika ini juga tidak cenderung kepada matawang British, tetapi secara teknikal terdapat keadaan-keadaan untuk pemulihan tempatan pound yang terlebih-jual. Satu-satunya halangan untuk ini adalah paras 1.2770. Penyesuaian taktikal boleh digunakan untuk bergerak kepada belian.

Cadagangan dagangan - belian balik bila berpatah balik ke paras 1.2720 dan lebih rendah

Emas - 'bulls' (kenaikan) telah kehilangan momentum dan pasaran ini bergerak kepada pengukuhan mendatar

Berdasarkan keputusan-keputusan dagangan hari Jumaat dan sesi hari Isnin, kita boleh menyimpulkan bahawa pasaran emas telah mencapai satu paras maksimum di sekitar 1298 dan tahap seterusnya trend ke atas semasa adalah transisi kepada pengukuhan tempatan. Emas mencapai sasaran taktikal di sekitar paras 1300 semasa apa yang dipanggil 'rally' Krismas. Kami memerhatikan sebelumnya masa menarik ini bila 'rally' Tahun Baru yang gagal di dalam pasaran-pasaran saham telah dipindahkan kepada pasaran emas, yang telah dipermudahkan dengan latar belakang berita negatif mendadak pada hujung tahun 2018 dan awal bulan Januari 2019. Risiko-risiko memperlahannya pertumbuhan ekonomi global dan tanda-tanda pertama memperlahannya ekonomi US (jangkaan keuntungan Apple di dalam tahun 2019). Walaubagaimanapun, data kukuh mengenai pasaran tenaga kerja US dan jangkaan-jangkaan hasil-hasil positif perundingan perdagangan China-US telah secara radikal mengubah sitausi ini kebelakangan ini. Sentimen pasaran keseluruhan telah bertambah baik dengan signifikan — pasaran-pasaran menokok sepanjang empat sesi berturut-turut, kinat di dalam mengambil risiko kembali, dan aset-aset defensif berada di bawah tekanan. Ini adalah berhubung dengan latar belakang fundamental dan setakat ini tidak cenderung kepada pertumbuhan bersambung untuk emas. Walaubagaimanapun, secara teknikal, tiada perubahan signifikan berlaku di dalam pasaran ini- formasi 'bull' (kenaikan) kekal pada carta. Kami mengekalkan jangkaan-jangkaan jangka sederhana yang positif untuk pasaran emas. Selepas mencapai zon 1300, pengambilan untung menghantar sebutharga ke paras minimum 1277 dan pasaran ini ketika ini sedang diniagakan di dalam jajaran mendatar sempit 1277-1290. Walaubagaimanapun, kami percaya bahawa risiko-risiko bergerak lebih rendah adalah tinggi, paras sokongan 1277 kelihatan rapuh dan boleh dipecahkan pada sesi-sesi set4erusnya. Paras sokongan kukuh terletak di sekitar 1269-1270. Adalah pada paras-paras ini yang seseorang perlu lihat sebagai titik kemasukan untuk belian di dlaam pasaran ini.

Cadangan dagangan - belian di dalam zon 1277 dan ke bawah di dalam kawasan 1270

New articles