Fundamental analytics

Saham-saham Asia menyambung perolehan; pasaran-pasaran China dan Jepun ditutup kerana cuti umum

Pasaran-pasaran ekuiti Asia kebanyakannya lebih tinggi pada hari Isnin, dengan para pelabur memberi fokus kepada ketegangan geopolitik di Timur Tengah sambil mengekalkan perhatian kepada laporan-laporan ekonomi baru.

Volum dagangan adalah di bawah purata di dalam musim lepas di dalam bulan tesebut, ketika pasaran-pasaran Jepun dan China ditutup di dalam sambutan cuti negara.

Indeks Kospi Korea Selatan menambah 0.92 peratus, atau 22.98 mata, untuk berakhir pada 2,515.38. Saham-saham pembuat kenderaan, pembuat keluli dan berkaitan tenaga menyokong penanda aras ini.

Di Hong Kong, indeks Hang Seng meningkat 1.79 peratus pada 30,823 mata pada masa penulisan ini dibuat. Saham-saham kewangan dan hartanah adalah di kalangan yang terbaik.

S&P/ASX Sydney 200 menokok 0.49 peratus untuk ditutup pada 5,982.70, dengan komponen-komponen kewangan menerajui yang mara manakala saham-saham material dan tenaga membataskan perolehan.

Pada barisan data, Indeks Pengurus Pembelian pembuatan China (PMI) untuk bulan April muncul pada 51.4, melebihi jangkaan 51.3, tetapi jatuh sedikit daripada bulan sebelumnya pada 51.5. PMI perkhidmatan kukuh pada 54.8, menambah bacaan bulan sebelumnya pada 54.6.

Minggu lepas, 'the Dow Jones industrial average' berakhir 11.15 mata lebih rendah pada 24,311.19. S&P 500 adalah 0.1 peratus lebih tinggi pada 2,669.91 dan Nasdaq yang sarat teknologi adalah mendatar pada 7,119.80.

Sentimen di Asia digalakkan oleh sidang antara-Korea semasa, yang mengumpulkan para pemimpin kedua-dua Korea Utara dan Selatan dan membuatkan mereka berusaha berkenaan perjanjian aman.

Ke hadapan di dalam sesi hari ini, jualan runcit Jerman untuk bulan Mac akan dikeluarkan pada 06:00 GMT, dengan 0.8 peratus peningkatan dilihat. Kemudian, 'traders' akan memberikan perhatian kepada indeks harga pengguna Jerman untuk bulan April. Para penganalisa sedang meramalkan pertumbuhan 0.5 peratus di dalam harga.

Kemudian, di United States, para pemain pasaran akan memberi fokus kepada indeks harga PCE asas pada 12:30 GMT. Ini adalah ukuran inflasi kegemaran 'Fed' dan para pelabur sedang berharap untuk melihat kemaraan 1.9 peratus berbanding pertumbuhan bulan sebelumnya pada 1.6 peratus. Perbelanjaan peribadi akan juga diterbitkan pada masa trsebut. Jualan rumah belum selesai untuk bulan Mac dikeluarkan pada 14:00 GMT.

New articles