Fundamental analytics

Matawang Amerika adalah lebih berat ketika Wall-Street memulakan hari

Pada hari Jumaat, pasaran ekuiti US dibuka di dalam kawasan merah. Sebagai tambahan kepada peristiwa-peristiwa stratigik utama minggu ini berkaitan dengan konfrontasi dagangan di antara China dan United States, dan juga peristiwa di sekitar lira Turki, minggu ini pasaran-pasaran platinum dan minyak adalah di dalam tumpuan pasaran. Harga untuk platinum jatuh ke paras rendah 10-tahun, ketika keruntuhan lira di Turki telah mempunayi kesan terhadap matawang-matwang negara-negara membangun, termasuk matawang pengeluar utama Afrika Selatan, dengan tidak menyatakan pengukuhan besar dollar US yang mana platinum diniagakan.

Pada hari Rabu, pasaran platinum bergerak kepada jualan mendadak di tengah-tengah tekanan kuat terhadap keseluruhan pasaran-pasaran logam - para pelabur menerpa kepada perlindungan dengan dollar, menolaknya kepada pertumbuhan dan membuatkan harga dollar lebih mahal untuk pembeli yang menggunakan matawang-matawang lain.

Pernah lebih mahal daripada emas, platinum jatuh 25 peratus dari paras tinggi bulan Januari  ke bawah $ 780 satu auns. Minggu ini, pasaran ini mencapai paras terendahnya sejak bulan Oktober 2008 dan rekod rendah baru berbanding emas.

Harga minyak terus memperoleh pada hari Jumaat, ketika Brent menolak dari $ 70 pada hari Khamis. Di sebalik pertumbuhan ini, tempoh lima hari semasa akan menjadi kemerosotan mingguan seterusnya. Halangan utama untuk pertumbuhan harga adalah pertumbuhan ekonomi yang memperlahan di tengah-tengah ketegangan dagangan di antara United States dan China  dan kelemahan matawang -matawang pasaran-pasaran baru yang memberi kesan kepada pertumbuhan dan penggunaan minyak.

Di dalam pasaran matawang FOREX, kelemahan dollar US meningkat pada permulaan sesi Wall-Street. Indeks dollar USD terjunam ke zon 96.15 dan kekal terdedah kepada kemerosotan lanjut. EUR / USD sedang diniagakan berhampiran paras rintangan tempatan pertama pada 1.1415,dan tidak mampu bergerak lebih tinggi. Di sebalik ini, jika 'candle' (lilin) ditutup pada tanda-tanda ini, kita akan menerima satu isyarat positif.

New articles