Fundamental analytics

Pasaran-pasaran ekuiti terus melakukan 'rally', statistik kukuh menyokong matawang British

Pasaran hadapan US menunjukkan pembukaan kukuh di pasaran-pasaran US pada hari Rabu selepas Senat meluluskan bil pencukaian $ 1.5 trillion yang radikal, membawa Presiden Donald Trump lebih dekat kepada kemenangan legislatif pertamanya.

Bil tersebut diluluskan dengan undian 51-48, tetapi Senat dipaksa untuk menghantarnya semula ke 'the House' untuk pengundian kedua disebabkan ketidak-tepatan prosedur pada minit terakhir. Walaubagaimanapun, langkah ini tidak akan merubah keputusan tersebut.

Perubahan yang dicadangkan termasuk pengurangan di dalam kadar cukai korporat kepada  21 peratus daripada 35 peratus, bermula Januari 1, dan dijangka menjadi pemandu keuntungan korporat utama tahun 2018.

Bil yang lama ditunggu ini membawa kepada rekod 'rally' di dalam saham, ketika ramai penganalisa percaya bahawa pengurangan cukai korporat boleh membekalkan peningkatan untung tambahan daripada 7 kepada 10 peratus tahun hadapan.

Adalah dijangka yang Senat  akan menyerahkan kelulusan muktamadnya hari ini dan menghantar bil tersebut kepada Trump untuk menandatangani undang-undang tersebut.

Di FOREX, matawang Britishterus diniagakan dengan turun-naik tinggi sambil kekal di dalam jajaran harga yang sempit. sekarang ini kelemahan sederhana dollar sedang berperanan memihak kepada matawang British, yang kita lihat selepas mesyuarat FOMC minggu lepas. Ini adalah faktor utama yang membenarkan matawang British dipegang pada paras semasa dan malahan menambah sedikit berat.

Masalah dengan Brexit kekal penghalang utama pertumbuhan pound dan kesan paling penting masalah-masalah ini adalah ia akan mempunyai karakter jangka panjang. Di dalam hari-hari ke belakangan, topik ini telah secara beransur-ansur memudar ke dalam latar belakang, ketika berita mula muncul dengan sangat jarang, tetapi walaubagaimanapun ia kekal faktor utama yang memberi kesan kepada nilai pound. Semalam, media melaporkan bahawa EU masih tidak mahu untuk membuat konsesi kepada UK dan berhasrat untuk menghalang organisasi-organisasi kewangan United Kingdom daripada bekerja di dalam negara-negara EU. Pound tenggelam selepas kemunculan informasi ini, tetapi kemudiannya mampu memainkan posisi-posisi ini berdasarkan kemerosotan indeks dollar semasa sesi Amerika.

Hari ini, pound masih diniagakan agak yakin. Sokongan untuk matawang British dibekalkan oleh laporan-laporan IMF, yang diterbitkan hari ini. Menurut ramalan, pertumbuhan ekonomi United Kingdom di dalam tahun 2018 akan memperlahan sebanyak 1.5%. Ini diterangkan dengan penurunan perbelanjaan syarikat dan pengguna persendirian yang dikaitkan dengan ketidak-pastian mengenai Brexit. Pada masa yang sama, prospek-prospek ekonomi Great Britain akan di masa hadapan secara langsung bergantung dengan hasil-hasil perundingan mengenai  Brexit. Untuk seketika pound bertambah berdasarkan penerbitan laporan ini, ketika para pelabur menjangkakan ramalan lebih lemah untuk pertumbuhan GDP daripada  IMF untuk tahun 2018.