Fundamental analytics

4 Terma Forex Asas Yang Anda Perlu Tahu

1 - Margin
Margin, juga dikenali sebagai dagangan margin, merujuk kepada amalan menggunakan dana daripada broker Forex untuk berdagang. Di dalam perkataan lain, broker meminjamkan anda wang untuk berdagang jumlah yang lebih besar tanpa anda perlu mendepost jumlah tersebut ke dalam akaun dagangan anda. Amalan lazim ini meningkatkan dengan banyak potensi perolehan, tetap juga mendedahkan 'traders' kepada kerugian besar.
2 - Leveraj
 Leveraj adalah ratio daripada modal yang digunakan untuk satu dagangan kepada jumlah deposit yang diperlukan (margin). Di dalam perkataan lain, bila anda melihat 200:1, bermakna seorang 'trader' perlu mendeposit  $1  untuk berdagang pada $200.  Meleverajkan posisi adalah amalan sangat lazim di kalangan 'traders' Forex, yang selalunya beroperasi dengan jumlah kecil. Leveraj membolehkan mereka melebarkan keuntungan mereka, tetapi juga kerugian mereka, menukarkan alatan kewangan ini kepada pedang dua hala yang berbahaya.
3 - Matawang Asas dan Sebutan
Matawang asas: matawang pertama yang dipamerkan di dalam pasangan matawang. Contohnya, jika kita menganalisa EUR/USD - EUR adalah matawang asas kita.
Di dalam perkataan lain, matawang asas merujuk kepada unit yang ditukarkan ke dalam matawang lain. Berdasarkan contoh sebelumnya, 1.0000 EUR bersamaan dengan 1.2000 USD.
Matawang sebutan:  ia adalam matawang kedua yang dilihat di dalam pasangan matawang, juga dikenali sebagai matawang 'pip'. Ia menyatakan kadar kepada matawang asas yang ditukarkan pada masa tertentu.
4 - 'Pip'
Satu 'pip' adalah unit terkecil matawang. Contohnya, satu pasangan EUR/USD biasanya dinyatakan dengan lima digit. Di dalam kes ini, 0.0001 adalah satu 'pip'.Cerita yang berbeza berlaku bila kita melihat kepada yen Jepun. Maka 'pip' bersamaan dengan 0.01.

New articles