Fundamental analytics

Permulaan positif minggu ini untuk pasaran wang kripto

Cryptocurrencies

Seperti dijangka selepas minggu cuti 'lunar' di Asia, aktiviti dagangan di dalam pasaran Kripto meningkat secara signifikan. Tambahan, pada hujung minggu, pasaran wang kripto menunjukkan pertumbuhan yang baik, tidak dilihat untuk tujuh minggu. Untuk dua hari permodalan pasaran ini meningkat daripada $ 113.7 billion kepada $ 121.3 billion.

Di kalangan peristiwa paling signifikan hujung minggu, kami boleh tonjolkan topik-topik berikut:

Pertamanya ia berbaloi memenrhatikan anjakan di dalam para peneraju permodalan kripto. Pada hari lain Ethereum melepasi Ripple  di dalam permodalan dan mendapatkan semula kedudukan kedua di dalam senarai. Hari ini Ethereum telah memperoleh kedudukan penerajunya sejak token tersebut mendemonstrasikan pertumbuhan lebih daripada 2% (berjumlah sehingga 12% untuk tujuh hari dagangan), manakala Ripple kehilangan kira-kira 0.7% daripada permulaan dagangan pada hari Isnin (untuk tujuh hari dagangan Ripple + 0.6%).

Litecoin tetap memperoleh dan menurut keputudan tujuh hari pasaran kripto ini sedang memperoleh lebih daripada 30%. Para penganalisa menunjukkan beberapa alasan untuk minta pelabur yang meningkat di dalam kripto ini. Pertamanya, ini adalah kerjasama dengan syarikat CoinGate (berita ini tersebar bahawa sebelumnya syarikat ini menghubungkan pembayaran Litecoin kepada semua rakan-rakan kongsinya, kepada lebih daripada 4.5 ribu entiti). Keduanya, ini adalah keputusan yang diumumkan sebelumnya mengenasi integrasi ke dalam rangkaian MimbleWimble, untuk memastikan kerahsiaan pembayaran. Keputusan yang dialu-alukan oleh komuniti kripto dan membekalkan minat tambahan di dalam kripto ini.

Binance Coin telah menjadi peneraju seterusnya di dalam pertumbuhan pada hujung mingggu, untuk pasaran ini menambah + 38% untuk tujuh hari dagangan, dan hari ini ia sedang meningkat sebanyak lebih daripada 4.5%, mengekalkan kedudukan ke sepuluh di dalam kedudukan pemain terbesar di dalam permodalan. Minat di dalam token ini telah meningkat dengan signifikan selepas bursa Binance mengumumkan jualan token seterusnya di dalam platform Launchpad, dan juga pelancaran ujian rankaian Binance Chain. Syarikat itu juga mengumumkan pelancaran bursa tidak berpusat Binance DEX.

Bitcoin juga menambah sepanjang hujung minggu. Pasaran wang kripto terbesar ini mengukuh dari $ 3,320 dan meningkat ke paras tinggi empat minggu pada $ 3,685. Selepas itu, pasaran ini menyesuai dan mengundur ke kawasan $ 3,560.

Sentimen positif ini belum lagi menguji kemampanannya, ketika sentimen pasaran umum kekal agak negatif. Ini tidak berkemungkinan penggantian yang dijangka tetapi kita perlu mengakui bahawa ini satu tanda positif yang membawa minat kembali ke pasaran ini.  

 

New articles