Fundamental analytics

Emas memulih disebabkan oleh perminaan tinggi untuk aset-aset defensif

XAUUSD

Emas menamatkan dagangan pada hari Selasa di dalam zon merah, berada di bawah tekanan daripada matawang US. Indeks dollar mula secara aktif mengukuh selepas penerbitan data yang baik mengenai indeks keyakinan pengguna CB. Angka sebenar di dalam bulan Mei adalah 134.1 mata, manakala pakar-pakar menjangkakan kadar ini untuk meningkat ke 130.1, berbanding 129.2 sebulan sebelumnya. Petunjuk utama ini mendemonstrasikan satu pemulihan berkemungkinan atau kemerosotan di dalam perbelanjaan pengguna di dalam bulan-bulan mendatang. Sehubungannya, tunjuk ini mencadangkan bahawa konflik dagangan yang berlanjutan di antara United States dan China tidak memberi kesan besar kepada aktiviti ekonomi para pengguna dan mereka menjangkakan pertumbuhan ekonomi selanjutnya di dalam jangka pendek.

Emas masih disokong oleh situasi di dalam bursa-bursa saham, di mana minat di dalam aset-aset berisiko terus jatuh. Kedua-dua indeks Eropah dan Amerika menutup dagangan di dalam zon merah semalam, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan mengenai perdagangan antarabangsa. Disebabkan oleh permintaan tinggi untuk aset-aset protektif, logam kuning ini dengan agak berjaya menahan serangan dollar dan hari ini telah mampu memenangi kembali sebahagian kerugian yang berlaku semalam.

Tidak terdapat berita penting di dalam kalendar ekonomi US hari ini, oleh itu pengaruh utama terhadap emas akan dibekalkan oleh berita berkaitan dengan perdagangan antarabangsa, situasi di dalam bursa-bursa saham dan statistik-statistik ekonomi dari EU.

Ketika ini kita melihat bagaimana harga memulih selepas satu percubaan tidak berjaya untuk memecahkan paras 1278.00. 'Intraday' (dalam sehari) ini merupakan satu paras sokongan utama dari mana kita boleh menjangkakan perkembangan lanjut pergerakan ke atas di dalam haluan paras 1289.00. Tetapi, jika 'bulls' (kenaikan) tidak daat mengekalkan harga melebihi paras 1278.00, pilihan untuk mengurangkan harga ke paras 1270.00 akan menjadi lebih relevan.

Paras-paras rintangan: 1284.00, 1289.00, 1300.00;

Paras-paras sokongan: 1278.00, 1270.00, 1265.00.

Senario utama - pertumbuhan di dalam haluan paras 1289.00.

Senario alternatif - menetap di bawah paras 1278.00 dan kemerosotan ke paras 1270.00

Di sebalik kemerosotan semalam, emas mengekalkan peluang-peluang baik untuk pemulihan, disebabkan oleh permintaan tinggi untuk aset-aset berisiko. Oleh itu, di dalam hari ini, kami memberikan kecenderungan kepada belian yang perlu dicari di dalam kawasan 1278.00.