Fundamental analytics

Emas sedang diniagakan di dalam kawasan paras rendah tahunan baru.

XAUUSD

Emas terus diniagakan didalam kawasan paras rendah tahunan baru, kekal di bawah tekanan daripada sejumlah faktor fundamental penting.

Pertama, permintaan untuk aset-aset selamat, di mana logam kuning ini berada, kekal rendah berbanding latar belakang selera mengambil risiko pelabur yang tinggi. Sebelumnya, statistik-statistik penting mengenai China telah diterbitkan, yang menunjukkan pemulihan satu daripada ekonomi terbesar di dunia, yang menyebabkan satu peningkatan di dalam indeks-indeks saham utama. Minat di dalam aset-aset berisiko juga disokong oleh kenyataan-kenyataan optimistik baru daripada Rumah Putih mengenai progres perundingan perdagangan US-China. Semalam, ianya diketahui bahawa pihak-pihak tersebut membuat jadual anggaran mesyuarat-mesyuarat seterusnya, untuk mempercepatkan lagi proses perundingan perjanjian perdagangan. Menurut informasi daripada pihak Amerika, perjanjian tesebut mungkin ditandatangani pada akhir bulan Mei, permulaan bulan Jun. Sebagai sebahagian daripada jadual tersebut, delegasi US akan tiba di Beijing untuk perundingan di dalam minggu di antara April 29 hingga Mei 5. Delegasi China akan melawat USA dari Mei 6 hingga 12.

Perang perdagangan dan memperlahannya dengan signifikan di dalam pertumbuhan ekonomi China mempunyai satu kesan kuat terhadap ekonomi global keseluruhan, oleh itu para pelabur sekarang ini sedang berharap bahawa menyelesaikan konflik ini akan membantu untuk menambah baik situasi di dalam semua wilayah di dunia, dari Eropah dan United States, ke ekonomi-ekonomi membangun yang berhubung secara hampir kepada China.

Faktor tekanan penting kedua terhadap emas kekal dollar US, yang terus memegang posisinya, di sebalik kehadiran faktor-faktor negatif tertentu. Berbanding latar belakang ini, logam kuning ini kekal satu aset agak mahal untuk para pelabur asing, memaksa mereka untuk mencari alternatif-alternatif lebih menarik.

Hari ini di Eropah dan United States akan diterbitkan data awal berkenaan sektor-sektor pengeluaran dan perkhidmatan PMI, tetapi peristiwa utama hari ini sepatutnya satu laporan berkenaan jualan runcit di United States. Selepas penurunan 0.2% di dalam bulan Februari, pakar-pakar menjangkakan pertumbuhan 0.9% di Mac, yang boleh membekalkan sokongan kukuh untuk dollar.

Juga, jangan lupa bahawa hari ini adalah hari dagangan aktif terakhir di US dan Eropah, esok pasaran-pasaran kewangan akan ditutup (Good Friday), yang mungkin menyebabkan beberapa pembetulan di dalam haluan dagangan hari ini. Ramai pelabur akan menetapkan posisi-posisi mereka sebelum hujung minggu yang panjang.

Pada carta, isyarat-isyarat 'bearish' (menurun) masih kekal, menunjukkan formasi terakhir penggantian jangka sederhana untuk instrumen ini. Harga tanpa masalah mampu menolak menerusi paras sokongan utama pada 1276.50, menunjukkan keutamaan lanjut pergerakan harga. Secara setempat, seseorang masih boleh menjangkakan formasi pergerakan-pergerakan pembetulan jangka pendek, tetapi sepanjang jarak lebih panjang, keutamaan kekal dengan penurunan di dalam sebutharga di dalam haluan paras 1235.00.

 Paras-paras rintangan: 1280.00, 1283.50, 1287.50;

 Paras-paras sokongan: 1270.50, 1263.00, 1260.00.

Senario utama adalah satu pembetulan ke paras 1283.50 dan satu gelombang kemerosotan baru .

Senario alternatif - perkembangan gelombang 'bearish' (menurun) dari paras-paras semasa.

Latar belakang keseluruhan untuk emas kekal negatif. Pada carta tidak terdapat isyarat yang boleh menunjukkan hentian pergerakan harga. Kecenderungan 'intraday' (dalam sehari) diberikan kepada jualan yang perlu dipertimbangkan berhampiran paras 1283.50.