Fundamental analytics

Harga emas stabil di sebalik fasa pertama penyempurnaan perundingan perdagangan China-Amerika

XAUUSD

Harga emas kekal di dalam saluran mendatar yang luas, di sebalik fasa pertama penyempurnaan perundingan perdagangan China-Amerika. Kelihatan, pasaran ini bimbang mengenai pematuhan pihak-pihak tersebut dengan terma-terma perjanjian ini, dan juga perkembangan selanjutnya di antara Beijing dan Washington.

Ketika ini, berita tersebar bahawa dua orang wakil Kedutaan China telah dihantar pulang dari United States disebabkan oleh disyaki melakukan risikan. Dilaporkan bahawa mereka telah memasuki kawasan fasiliti ketenteraan di Virginia di dalam bulan September tahun ini. Menurut Washington, Beijing sedang menjalankan operasi risikan yang semakin agresif di United States. peristiwa-peristiwa ini mencadangkan bahawa ketegangan di antara dua negara tersebut kekal sangat tinggi, di sebalik percubaan bersama untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan.

Harga USD kekal di sekitar paras rendah 5 bulan yang boleh dipertimbangkan sebagai satu faktor sokongan untuk harga emas. Sejak sebelumnya hari ini, indeks USD telah tenggelam sebanyak hampir 0.15%.

Kalendar ekonomi hari ini akan memberi fokus kepada data PMI untuk sektor-sektor industri dan perkhidmatan di EU dan USA.

Berkenaan carta, di sebalik peningkatan setempat di dalam turun-naik, saluran mendatar 1460.00-1483.00 kekal relevan. Sebagai sebahagian daripada pergerakan mendatar, satu gelombang 'bullish' (menaik) ketika ini sedang berkembang menuju paras sasaran 1483.00.

Paras-paras rintangan: 1483.00, 1490.00, 1505.00;

Paras-paras sokongan: 1460.00, 1455.00, 1450.00.

Senario utama - peningkatan menuju paras 1483.00 dan pergerakan ke bawah selanjutnya.

Senario alternatif - pemecahan rintangan pada paras 1483.00 dan peningkatan selanjutnya menuju paras1490.00.

Jangkaan fundamental kekal neutral. Di dalam rangka kerja harian, kami mempertimbangkan jualan dari paras 1483.00.

New articles