Fundamental analytics

Nilai emas meningkat selepas serangan terhadap loji-loji penapis Arab Saudi

XAUUSD

Emas membuka satu minggu dagangan baru dengan jurang ke atas selepas serangan terhadap loji-loji penapis Arab Saudi dan penerbitan data makroekonomi yang lemah dari China.

Sebuah dron menyerang dua bulah loji penapis di Arab Saudi menyebabkan kebakaran besar. Kerajaan ini telah terpaksa untuk mengurangkan setengah daripada pengeluaran minyak, manakala penurunan global di dalam pengeluaran minyak adalah kira-kira 5%. Harga minyak beraksi dengan peningkatan yang yang tidak pernah terjadi sebelumnya lebih daripada 10%, dan indeks-indeks saham bergerak ke dalam zon dagangan merah.

Pemberontan Yaman Hussite mendakawa bertanggungjawab kepada serangan ini, tetapi para pegawai US menyalahkan Iran untuk serangan ini. Kepentingan para pelabur di dalam aset-aset defensif telah meningkat dengan signifikan di tengah-tengah memburuknya situasi geopolitik di dunia.

Faktor lain di dalam pertumbuhan sebutharga emas adalah statistik lemah dari China. Menurut laporan, pengeluaran industri di dalam bulan Ogos meningkat sebanyak 4.4%, selepas meningkat 4.8% sebulan sebelumnya. Volum pelaburan di dalam aset-aset tetap meningkat sebanyak 5.5%, berbanding 5.7% sebulan sebelumnya. Pakar-pakar mencirikan kemerosotan ini di dalam aktiviti ekonomi dengan konflik dagangan di antara Beijing dan Washington dan menjangkakan daripada Bank Rakyat China tindakan-tindakan baru untuk merangsang ekonomi tersebut.

Pada carta, para pedagang masih tertahan di dalam jajaran mendatar, dengan sempadan-sempadan pada paras-paras 1485.00-1523.00. Ketika ini harga adalah di dalam pertengahan jajaran ini dan dengan kemungkinan hampir sama ia boleh terus bergerak kedua-dua atas dan bawah. keputusan-keputusan dagangan perlu dibuat hanya bila harga adalah di dalam jajaran dagangan tersebut.

Paras-paras rintangan: 1523.00, 1545.00, 1555.00;

Paras-paras sokongan: 1485.00, 1455.00, 1430.00.

Senario utama adalah jajaran 1485.00-1523.00.

Senario alternatif adalah pemecahan paras rintangan pada 1523.00 dan peningkatan ke paras 1555.00.

Latar belakang fundamental positid secara setempat kekal di dalam pasaran ini, tetapi pada carta harga ketika ini di dalam pertengahan jajaran mendatar 1485.00-1523.00. Belian-belian berkemungkinan perlu dipertimbangkan hanya selepas formasi pengunduran ke tanda 1485.00.

New articles