Fundamental analytics

Emas kekal di bawah tekanan di tengah-tengah merosotnya permintaan untuk aset-aset defensif

XAUUSD

Pada hari Rabu, emas telah diniagakan di dalam haluan berbeza dan mengakhiri dagangan hampir pada paras-paras pembukaan hari tersebut. Berita ekonomi dan geopolitik penting yang mempunyai kesan terhadap campur tangan pasaran dan para pelabur tidak dapat membuat keputusan terhadap haluan trend seterusnya.

Tekanan signifikan terhadap pasaran telah dikenakan oleh situasi di daam pasaran-pasaran saham, di mana untuk hari kedua berturut-turut meneruskan peningkatan di dalam indeks-indeks utama, disebabkan oleh merosotnya ketegangan di dalam perdagangan antarabangsa. Oleh itu ia menambahbaik prospek-prospek untuk perkembangan ekonomi global. Pertamanya, di sebalik memburuknya konflik perdagangan di antara United States dan China, para pelabur masih yakin bahawa satu perjanjian perdagangan akan ditandatangani di dalam bulan-bulan mendatang, oleh kerana kedua-dua pihak tertarik di dalamnya. Keduanya, semalam, pentadbiran Rumah Putih mengumumkan bahawa Donald Trump membuat keputusan untuk menangguhkan keputusan untuk mengenakan duti-duti import terhadap kerta dan alat-ganti kepada mereka. Ketiganya, sehari sebelumnya, Setiausaha Perbendaharaan US Stephen Mnuchin berkata bahawa United States hampir untuk menandatangani satu perjanjian dengan Kanada dan Mexico berkenaan tarif-tarif keluli dan aluminium. Emas muncul di dalam pasaran ini sebagai satu aset defensif.

Faktor-faktor yang menyokong emas sepatutnya termasuk data ekonomi yang lemah dari United States dan peningkatan konflik di antara United States dan Iran. Secara tidak dijangka angka-angka jualan runcit yang sangat lemah telah diterbitkan semalam di United States. Volum jualan runcit di dalam bulan April hatuh sebanyak 0.2%, dengan kadar pertumbuhan dijangka pada 0.2%. Indeks jualan asas adalah 0.1%, dengan ramalan pertumbuhan pada 0.7%. Dengan segera selepas penerbitan data-data ini, 'Atlanta Federal Reserve Bank' merendahkan ramalannya untuk kadar pertumbuhan GDP US untuk suku ke2 daripada 1.6% kepada 1.1%. Berbanding latar belakang ini, para pelabur akan memberi malahan lebih perhatian kepada penerbitan statistik-statistik ekonomi dari United States, dan jika data ini menunjukkan kemerosotan di dalam aktiviti ekonomi, matawang US mungkin berada di bawah tekanan sangat kuat, yang akan menjadi faktor sokongan kuat untuk pasaran logam berharga ini. hari ini, rujukan untuk para pelabur adalah data mengenai permit bangunan yang diisukan untuk bulan April dan indeks aktiviti pembuatan dari 'Federal Reserve Bank of Philadelphia'.

Percubaan pembeli untuk mengukuh melebihi paras 1300.00 tidak anugerahkan dengan kejayaan, oleh itu hari ini kami sedang menunggu untuk perkembangan lanjut pergerakan harga ke belakang menuju paras 1289.00. Sehubungannya, ia kan menjadi berkemungkinan untuk bergantung pada penyambungan dan penerusan pergerakan 'bullish' (menaik) hanya selepas pemecahan paras rintangan 1300.00.

Paras-paras rintangan: 1300.00, 1310.00, 1325.00;

Paras-paras sokongan: 1293.50, 1289.00, 1284.00.

Senario utama - kemerosotan ke paras 1289.00.

Senario alternatif - penetapan melebihi paras 1300.00 dan peningkatan ke paras 1310.00.

Latar belakang berita untuk emas kekal negatif secara sederhana. Terdapat prasyarat untuk perkembangan selanjutnya gelombang pembetulan pada carta, oleh itu kami akan mempertimbangkan jualan yang kami sepatutnya cari berhampiran paras 1300.00.