Fundamental analytics

Pasaran emas sedang mengekalkan konfigurasi teknikal positif

XAUUSD

Di sebalik pertumbuhan sederhana pada hari Jumaat, emas melengkapkan minggu dagangan terakhir dengan satu kemerosotan kecil di tengah-tengah tekanan serius daripada dollar USD. Di dalam gambaran lebih luas, emas masih diniagakan melebihi paras 1300 dan pada hari Jumaat berjaya menutup melebihi paras 1310, yang ketika ini merupakan garis sokongan terhampir.

Ketika minggu kedua penuh Februari sedang memasuki haknya, dua faktor utama dan strategik mempengaruhi pasaran logam kuning ini: dollar US dan situasi geopolitik di dunia. Minggu lepas, para pegawai Rumah Putih mengisyaratkan bahawa perjanjian perdagangan US-China paling berkemungkinan tidak akan ditandatangani sehingga Mac 1, bila gencatan 90-hari luput. Ini bukanlah satu kejutan untuk kita dan untuk pihak-pihak berkenaan percanggahan adalah lebih mendalam dan fundamental daripada kebanyakan media cuba gambarkan. Kami percaya bahawa perjanjian perdagangan ini adalah hampir-hampir tidak mungkin sama sekali dan semuanya bergantung ketika ini kepada bila bahagian-bahagian ini bersedia untuk bergerak kepada pertentangan terbuka. Minggu lepas Trump berjanji untuk memperkenalkan satu pekej duti baru terhadap barangan China. Laporan-laporan ini meningkatkan kebimbangan pasaran mengenai perdagangan antarabangsa dan ekonomi global secara keseluruhannya. Untuk emas, ia merupakan faktor sokongan kukuh strategik jangka sederhana.

Walaubagaimanapun, halangan emas yang utama adalah dollar USD. Dollar USD membuat satu siri penutupan tujuh hari dagangan berturut-turut dengan "tambah".

Minggu ini, hubungan di antara US dan China, dan juga dinamik-dinamik USD kekal di dalam tumpuan. Pada hari Isnin, satu mesyuarat baru perwakilan China dan US berkenaan penyelesaian pertikaian perdagangan akan mengambil tempat di Beijing. Hari ini di US dan Eropah tidak terdapat data ekonomi penting, oleh itu para pedagang akan memberi fokus kepada penerbitan satu blok statistik besar dari UK.

Pada hari Selasa pasaran akan memberi fokus kepada ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada satu acara di Mississippi.

Pada hari Rabu kita akan melihat ke dalam satu blok besar statistik ekonomi, yang akan didasarkan kepada data mengenai indeks harga pengguna. Juga pada hari ini kita akan melihat ke dalam ucapan-ucapan sebahagian perwakilan FOMC.

Pada hari Khamis akan terdapat banyak informasi statsitik penting dari pelbagai wilayah. Pertamanya, China akan membentangkan data terkini mengenai imbangan dagangan. Jerman akan membentangkan data awalan mengenai GDP. EU yang dikemaskini untuk suku keempat. Di US, para pelabur akan mengikuti penerbitan satu laporan mengenai jualan runcit.

Pada hari Jumaat, fokus adalah kepada data inflasi di China dan satu blok besar data US.

Pada carta emas sedang memulakan hari ini dengan sedikit penurunan, tetapi masih mempunyai peluang-peluang yang baik untuk penerusan pertumbuhan. 1,320.00 ketika ini merupakan rintangan 'intraday' (dalam sehari) utama untuk harga tersebut. Kawasan sokongan terletak pada paras 1310.00 dan lebih rendah ke paras 1,3000.

Paras-paras rintangan: 1320.00, 1330.00, 1325.00;

 Paras-paras sokongan: 1312.00, 1310.00, 1300.00.

Senario utama - pertumbuhan ke paras 1320.00 dan pengukuhan melebihi tanda ini.

Senario alternatif - kemerosotan ke paras 1310.00