Fundamental analytics

EUR / USD: dollar sedang cuba memulihkan tempat yang hilangan pada hari Selasa

EURUSD

Pasangan EUR / USD pada hari Rabu meneruskan pergerakan ke bawahnya di tengah-tengah pemulihan dollar.

Semalam, matawang US muncul di bawah tekanan berat selepas penerbitan data PMI pembuatan yang lemah secara tidak dijangka. Sepanjang bulan tersbeut, indeks ini jatuh dari 49.1 hingga 47.8 mata (paras minimum sejak bulan Jun 2009), yang menunjukkan kemerosotan di dalam pengeluaran. Para pelabur menghubungkan data ini dengan Penggajian Bukan Perladangan yang dijangka pada hari Jumaat ini dan polisi kewangan Fed selanjutnya.

Aktiviti pembuatan yang kurang boleh dengan signifikan mengurangkan permintaan untuk tenaga kerja baru di United States, yang meningkatkan kemungkinan penerbitan data pekerjaan lebih lemah pada hari Jumaat. Di dalam perkara ini, hari ini adalah berbaloi memberikan perhatian kepada penerbitan data mengenai pekerjaan di dalam sektor bukan pertanian daripada ADP.

Data lemah mengenai sektor pembuatan memaksa para pelabur mempertimbangkan jangkaan mereka berkenaan tindakan Fed selanjutnya untuk mengubah polisi kewangannya. Sekarang pasaran ini dengan kemungkinan 76% menjangkakan pengurangan di dalam kadar faedah pada mesyuarat FOMC bulan Oktober. Sehari sebelumnya, kemungkinan ini adalah 58%. Hari ini, para pelabur akan mengawasi dengan lebih hampir kepada penampilan anggota-anggota FOMC Williams dan Harker.

Di dalam kalendar ekonomi Eropah hari ini tidak terdapat berita penting, oleh itu kesan utama terhadap dinamik-dinamik pasangan EUR / USD terhadap dollar US. Hanya berita berkaitan Brexit boleh membuat perbezaan.

Pada carta, di dalam rangkamasa penarikan semula yang terbentuk semalam, pasangan matawang ini tidak dapat memecah menerusi paras rintangan 1.0945. Ini dengan besar mengurangkan kemungkinan pergerakan 'bullish' (menaik) berterusan hari ini. Pilihan dengan formasi pengunduran sederhana ke paras 1.0890 dilihat sebagai lebih berkemungkinan berjaya.

Paras-paras rintangan: 1.0945, 1.0965, 1.0990.

Paras-paras sokongan: 1.0915, 1.0890, 1.0850.

Senario utama adalah pemecahan paras sokongan 'intraday' (dalam sehari) pada paras 1.0915 dan kemerosotan ke paras 1.0890.

Senario alternatif adalah pengukuhan di dalam jajaran 1.0915-1.0965.

Latar belakang fundamental negatif secara setempat kekal di dalam pasaran ini. pada carta, trend 'bearish' (menurun) kekal di dalam jangka sederhana. Di dalam hari ini, kami mempertimbangkan jualan dari paras-paras 1.0945 dan 1.0965 (paras ini adalah lebih baik).