Berita Syarikat

Windows 10 Update

Biasa

update

Pada 11 April, Microsoft akan mengeluarkan 'Windows 10 Creators Update', dengannya versi 'Windows' akan sepenuhnya dikemaskini. Hakikatnya, kemaskini ini adalah sama dengan memasang sistem operasi yang baru, kerana ia akan merubahkan konfigurasi dan kunci 'encryption'.

Platform 'MetaTrader' mengikat semua data ke dalam satu sistem operasi dan perkakasan untuk melindungi informasi pengguna. Pengikatan ini bermakna bahawa walaupun jika fail-fail terminal dicuri, pencuri-pencuri tidak akan mampu untuk berhubung dengan 'pelayan' (server) menggunakan akaun yang disimpan sebelumnya.

Malangnya, selepas sistem operasi ini berubah disebabkan oleh pemasangan 'Windows 10 Creators Update', semua kata laluan akaun dagangan yang disimpan di dalam komputer menjadi tidak sah. Kami mengesyorkan dengan kuatnya supaya anda bersedia untuk keluaran 'Windows' yang baru dan simpan kata laluan anda di tempat yang selamat, untuk mampu membuat capaian kepada platform tersebut selepas 'Windows' dikemaskini.

Simpan kata laluan akaun Meta Trader anda di suatu tempat yang selamat sebelum mengemaskini sistem operasi.

Oleh kerana perubahan pada kunci 'encryption', satu pengaktifan program aplikasi yang dibeli daripada 'Meta Trader Market' akan hilang, disebabkan semua produk adalah terikat kepada sistem operasi ini.

Syarikat MetaQuotes akan menambah satu pengaktifan secara automatik untuk setiap produk yang dibeli, tidak kira sistem operasi, bersamaan dengan  pengaktifan yang kami tambah selepas pengemaskinian Windows 10 daripada versi 1511 kepada 1607. 'Traders' boleh juga memuat-turun semula versi demo produk-produk daripada pasaran. Ini bermakna para pengguna pasaran tidak akan kehilangan pengaktifan produk selepas keluaran 'Windows 10 Creators Update'.

Fort Financial Services