Berita Syarikat

Perubahan paras 'margin lindung-nilai' (hedged margin)

Syarat dagangan

Para Pelanggan yang dihormati,

Kami ingin memaklumkan anda bahawa bermula dari 21/05/18 perubahan-perubahan baru untuk posisi-posisi lindung nilai secara sepenuhnya atau sebahagiannya akan diguna-pakai. Perubahan-perubahan ini akan berkuatkuasa untuk akaun-akaun yang dibuka pada MT4 dan juga untuk akaun-akaun MT5. Kadar-kadar baru margin lindung nilai adalah bersamaan dengan 50% (untuk dagangan pasangan-pasangan matawang) dan 100% (untuk instrumen-instrumen selainnya) daripada margin kontrak nominal untuk volum lindung nilai. Di dalam perkataan lain, jika terdapat dua posisi dengan volum yang sama, satu adalah arahan beli dan yang kedua adalah jual yang berjumlah 2 lot, keperluan margin adalah 1 lot menurut formula: (1+1) * 50% = 1. Sebelumnya margin lindung nilai adalah bersamaan dengan 0.

Di sini adalah satu lagi contoh: jika terdapat 1.5 lot sebagai arahan beli dan 0.7 lot sebagai arahan jual yang diletakkan dengan kontrak yang sama, keperluan margin adalah bersamaan dengan 1.15 lot menurut formula: (1.5-0.7) +0.7* 50%. Sebelumnya, margin lindung nilai adalah bersamaan dengan 0.8 lot.

Ini adalah disebabkan perubahan di dalam persekitaran pasaran secara umum dan perubahan syarat-syarat operasi penyedia kecairan yang tidak pernah menawarkan margin 'zero' (kosong) untuk posisi-posisi lindung nilai (terkunci). Perubahan-perubahan ini memberi kesan kepada kedua-dua arahan baru atau sebelumnya yang ditempatkan yang boleh membawa kepada posisi-posisi yang terpaksa ditutup pada harga-harga semasa sekiranya tidak terdapat margin yang untuk mengekalkan posisi-posisi ini terbuka sejurus selepas perubahan-perubahan ini diguna-pakai. Kami dengan rendah hati menasihatkan anda untuk mempertimbangkan informasi ini semasa anda berdagang dan mengambil kesemua tindakan yang perlu untuk mengekalkan posisi-posisi lindung nilai di dalam pasaran, jika anda mempunyainya.